Entri ini pada satu malam yang buat aku tak tentu arah dan aku ludahkan rasa buat sementara lalu lari ke alam yang aku cipta. Masalah teknikal membuatkan aku tak bisa update macam biasa. Harap semua masih selamat dan aman.
******
Pada malam kau curahkan diri bagai ingin menghapus sisa sunyi yang ada. Tatkala itu aku sibuk memikirkan kemana halanya aku akan tercampak mengikut arus masa. Kau tenangkan minda aku hanya buat seketika. Mata tak bisa lelap. Jiwa masih gundah membayangkan segala yang mungkin ada dan hilang terus dari dunia. Bagaimana? Aku sendiri tak mampu jawab. Kudrat aku bagai tertinggal di suatu kawasan yang ceruknya aku sendiri tak dapat jumpa. Aku tak pernah rasa aku bisa hadapi semua yang aku redah harini.
Mungkin. Kemungkinan hidup perlu spontan dalam segala tindakan. Mungkin, aku tegaskan disini. Pemikiran aku telah disogok dengan mentaliti 'beringat sebelum terkena, bersedia sebelum terjadi'. Bingung dibuatnya. Apa kesudahannya pun aku tak punya bayangan dalam kepala. Jelasnya celaru makin ada dalam kotak minda. Aku tak tahu apa cara yang ada untuk lontar jauh belenggu aku dalam belukar. Makin aku fikir, makin kalut jadinya. Baiknya, makin aku fikir, makin aku lupa pada dia. Sekarang, ketenangan yang mungkin aku dapat rasa buat seketika hanyalah bila kau muncul dengan kabutnya dan pada waktu yang tak disangka-sangka.
Jika ada yang merasa aku pentingkan diri, maafkan walau aku tak maksudkannya setulus jiwa. Memang aku penting diri buat seketika. Kerana, setiap apa yang aku beri tak pernah cukup untuk kalian semua santap. Apa yang aku sedia tak pernah selesa walau sebaik mana aku cuba. Sesungguhnya aku penat memenuhi keperluan jiwa semua sedangkan pada masa yang sama jiwa aku sendiri diabaikan. Siapa peduli jiwa aku? Nahh. Pasti ramai akan laung KAU TAK APA. Jiwa kau kental dalam semua perkara. Walau kau hilang dia mahupun gagal atau apa-apa saja yang Tuhan cipta untuk uji kau, kau pasti akan tenang dan kata 'aku terima saja'.
Pernah tidak terlintas pada pemikiran kalian, dalam ketenangan jiwa aku yang dipamer itu wujudnya satu ketakutan yang tak dapat diekspresi pada muka. Atau luluhnya jiwa sampai tidak terluah dengan kata-kata. Kadang perkara aku mahu simpan ditanya juga kenapa mengapa segala. Tak terfikirkah kalian menceroboh ruang yang aku bina tinggi temboknya. Ahh. Manusia berkata ikut hati mereka saja. Aku punya alasan aku sendiri. Tapi ingatlah, kata-kata yang santai itu bisa buat jiwa aku rapuh dan terasa gila babi punya. Mungkin kalian rasa biasa saja. Bagi aku secara nyata kau hina. Ahh manusia. Kalau diberi muka.. Maka hancurlah angkasa ciptaan jiwa.
Aku emosi. Ya. Kisah atau tidak belakang cerita. Perdana kali ini, aku bosan memenuhi kehendak mereka-mereka yang sentiasa mahu aku ada tapi tak dapat rasa jiwa aku bagaimana. Cukuplah buat sementara aku saja perlu faham situasi. Penat. Letih. Muak. Semuanya ada. Mahu faham atau tidak terpulang pada individu. Aku hanya mahu buat hal aku dan menyepi buat seketika. Jangan salahkan aku kalau aku tak tahu apa cerita hangat bulan ini. Tak berminat sejujurnya.
No comments:
Post a Comment