20101031

Lorong.

Lorong itu. Lorong yg kau lalu ada lopak. Lecak sana sini. Permukaan tak sentiasa rata. Ada tinggi rendahnya. Ada hakisan air yg mampu mengubah rupa lorong itu. Ada terik mentari yg sentiasa menghangatkan suasana disana. Ramai lalu lalang di lorong sempit itu. Ada yg bergaduh. Ada yg lagak berkuasa konon itu lorong mereka. Ada yg menjaja kata. Pelbagai situasi bingit ada di sepanjang lorong yg satu itu. Kau terpinga pinga berdiri diantara mereka semua. Kau terus mencari apa tujuan kau berada disitu. Satu kerusi terbiar menggamit perhatian kau. Kerusi cabuk di tengah lorong itu kau ambil. Kau duduk di satu penjuru sambil memerhati. Tanpa logik akal hadir bersama, kau mula menerawangkan ilusi. Mengaitkan antara realiti lorong dengan angan sang maya. Tingginya kau terbang hingga melebihi langit ketujuh. Aman rasanya. Damai jiwa.


-Aku rasa lebih selesa memerhati saja. Biar apa keliling kata aku masih sama cuma suara hilang dalam jiwa.

No comments:

Post a Comment