Antara yakin dan pasti, aku pilih pasti.
Antara keliru dan kalut, aku pilih keliru.
Antara bising dan diam, aku pilih diam.
Antara jaga dan tidur, aku pilih tidur.
Antara suka dan sayang, aku pilih sayang.
Antara rindu dan lupa, aku pilih rindu.
Antara api dan udara, aku pilih udara.
Antara siang dan malam, semestinya malam aku pilih.
Apa kaitan antara semua diantara-antara ini?
Nak tahu something. Aku boleh terima hakikat dia bukan untuk aku. Bukan terima hakikat tapi aku memang begini. Sibuk mahu belajar lagi maka lupalah semua. Keh keh keh. Bodoh. Aku tahu.
Walau aku pasti aku sendiri keliru dengan cara aku yang lebih suka diam dari mencari dia. Buat masa sekarang, tidur itu lebih penting dari dia. Walau aku tahu aku sayang dan rindu dia. Namun udara sekeliling bagai menyesakkan aku untuk terus berada di ruang angkasa walau untuk jangka masa sekejap cuma. Malam sentiasa ada menemani aku walau tanpa dia. Antara yang setia.
Selamat hendaknya. Sekian.
No comments:
Post a Comment