Lama tak update sini. Bersawang dah tempat ni. Well, hidup aku tak ada perubahan sangat. Aku tetap gila siapkan thesis (tak pernah siap pun). Bila nak settle entah lah (menyampah gila sampai tak kuasa). Kereta myvi sudah balik KT. Kenapa namanya myvi? pelik pulak. oh abaikan.
Ulang kedah berpuluh kali tapi aku memang tak berminat nak follow. Well since accident tu aku prefer duduk rumah je. Kereta bukan tempat yang aku gemar. 'Home sweet home'. Aman sentosa lapar sentiasa. Macam duduk rumah bujang bezanya aku kena masak untuk tok and adik. Sangat tak seronok bila yang ada hanya beras telur ubi bawang. haaa itu makanan ruji yang kalau asyik jumpa (kena masak pulak tu) boleh tensi. Roti aku suka. Duduk sorang-sorang masih ok sebab lapar pun buat bodoh je. Bila ada perut lain nak kata apa. Terima je (ini jela yang mampu). Nak tak nak, itu tanggungjawab aku. Duit aku (kosong sentiasa). Macam dah kerja saja rasa. Tertekan dengan situasi ini? YA itu sudah pasti. Pasti yang tak mungkin ditukar ganti.
Aku tua sangat ke? Rasanya baru boleh mengundi. Itu dikira tua kah? Tidak bagi aku. Kematangan aku mungkin terlalu awal jika dibanding dengan usia. Oh sememangnya aku sedar ramai yang lalui ujian yang lagi payah dari apa yang aku lalu. Bukan salah aku jika aku persoalkan nya. Aku buka mata. Lihat sekeliling. Tinjau merata. Kalau seusia aku, mereka masih berpesta. Berjalan gelak tawa. Kerja untuk berlibur. Huhu haha sini sana. Belajar tak kemana pun. Bercanda sama teman tapi mesra. Keluar parti dinner show sama orang tersayang. Handphone paling canggih diguna. Laptop disisi katil saja. Facebook Twitter semua update sentiasa. Baju kasut beg semua beli tak ingat dunia. Jadi apa yang cuba aku nyatakan sebenarnya?
Sejujurnya, aku tak heran dengan harta dunia yang sesiapa ada. Aku tak kesah kalau bapak kau tauke balak ke apa. Aku tak kuasa nak tahu kau dating dengan skandal mana. Cuma aku sebagai manusia biasa. Aku tertanya. Adakah aku terlepas segala yang sepatutnya aku lalui semasa aku meningkat dewasa? Adakah aku loser kerana duduk rumah tanpa kecanggihan teknologi dunia? Kenapa aku saja yang hadapi perkara-perkara yang mereka buat tak endah saja? Kalau nak list kan memang tak kan habis lah jawabnya. Mungkin jalan aku begitu berbeza dengan teman-teman, kenalan, atau saudara-mara. Asalkan pengalaman ada untuk mengajar aku, itu sudah memadai.
Lautan aku sekarang tenang pada permukaannya. Dasarnya? Hmm bergelora mungkin. Aku malas nak fikir banyak sekarang. Aku penat. Aku jadi muak dengan drama yang terlalu panjang meleret. Banyak drama, episod panjang, hati kurang senang, kotak fikir koma. Itu bukan kehendak aku. Salah satunya tentang dia. Aku akui aku suka dia, aku sayang dia. Itu realiti yang aku tak mahu kongsi (maaf). Nak lupa terus macam biadab. Hidup perlu jahat untuk terus bertahan. Ego aku bukan barang untuk dilempar buang. Aku pun keliru dengan cabang jalan aku sekarang. Kita lupakan saja masalah dunia yang remeh buat sementara. Tak ada untung nya.
Penting untuk aku sekarang. Aku ingin luah kata. Kepada semua sahabat saudara-saudara aku diluar sana, yang sentiasa ada disisi tatkala aku dilanda malapetaka. Aku sayang gila dengan kalian semua. Aku bukan seorang yang luah rasa cinta pada kalian dengan nyata, depan muka. Aku nyatakan saja dengan kata-kata yang aku bisa karang untuk kongsi bersama. Moga tersemat dalam dada anda yang aku sentiasa ada. Aku masih wujud dalam lingkungan dunia. Dunia anda semua. Aku tak pernah lupa jasa pengorbanan masa tenaga harapan kasih sayang yang sering diberi dengan keikhlasan. Sungguh. Anda adalah inspirasi untuk aku terus berusaha walau dimana aku berada, dengan siapa aku bersama. Kehadiran anda semua sememangnya membuatkan perjalanan di lautan aku lebih tenang dan aku harap begitu juga sebaliknya. Tiada kata yang cukup sempurna untuk aku nyatakan segala penghargaan aku kepada anda semua. Maaf aku hulur andai kata aku tidak sehebat mutiara kata Hamka. Maaf aku pinta andai aku tak sengaja menoreh luka, membuat hati terasa bisa. Maaf untuk segalanya dan terima kasih kepada semua. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
p/s: semangat yang melayang cepat pulang. diri ini masih goyang
No comments:
Post a Comment