20100410

Encik Girang

Hello. Hari ini. Saya happy sebab saya berjumpa dan bersembang bersama sahabat-sahabat yang saya sayang. Saya suka dan saya suka. Faham bila saya kata saya suka? Harap anda memahami.

Saya sebenarnya nak jumpa (kononnya) adik saya yang baru. Namanya Amir Azfar. Dia comel sangat. Haha ok tak pernah jumpa dia tapi dia bayi maka dia comel. Bila nak dapat jumpa saya pun tak tahu. Bayi ini adik makcik nasi minyak yang hot. Bila ya dapat jumpa kamu adik azfar? Oh geram betol lah tengok pipi budak ni!

Keseluruhan hari ini seronok macam buat programming yang gempak gila dan berjaya! Itu lah rasanya. Tak ada error. Boleh run tanpa was-was. Mari kita belajar software engineering. Dengar macam hebat saja. Tapi dimana? Universiti melayu ada tak rasa-rasanya? Tak kira dimana pun. Saya mahu belajar saja. ;)

Maka kita semua gembira ya dengan apa yang kita ada. Happy sentiasa dan teruskan bernafas selagi bisa.

ini memang comel dan hot ;)

No comments:

Post a Comment