Hello sekalian makhluk tuhan. Bagi yang mengenali diri ini, saya sayang anda semua. Kalau projek akhir saya gagal, sila beri galakkan positif. Saya perlukannya. Memandangkan pensyarah tidak begitu membantu. Oh harap-harap tak gagal. Tolong. Tak nak repeat. Projek akhir ini adalah sejenis parasit yang sangat menghakis sifat positif dalam diri, membantut idea dalam kotak fikir, dan menyusahkan saja. Perkara paling aku benci buat masa sekarang (penyangak yang pecah rumah juga benci tahap dewa). Nak tak nak, hadap juga. Nak gagalkan atau apa, ikut lah. Saya buat ala kadar saja yeaaa.
Rumah kena pecah lagi. Kepada penyagak-penyagak bodoh yang tidak ada kerja diluar sana. Cuba belajar buat kerja halal dan berfaedah sikit. Menyusahkan la dengan barang-barang yang kau sepahkan tu. Rumah dah cukup semak so kau tak payah la tambah lagi semaknya. Bukan kau dapat apa pun. Aku sekeluarga tak kaya tapi menetap di kawasan elit. Nak buat macam mana. Kalau kau nak sangat kau usaha lah. Ada otak guna lah ke arah kebaikan. Ada otak letak dekat lutut. Sekarang katil aku penuh dengan barang-barang aku yang kau sepah. Siapa nak kemas ni? Kau saja tambah kusut dalam kepala. Memang aku nak menyumpah saja. Damn damn. Kau ni cilaka. Apapun aku harap kau kembali ke pangkal jalan dan bahagia. Jangan kau buat lagi lah mangkuk hayon. Aku takut kau tak tahan siksa azabnya nanti.
Jam 12 tengahari aku nak pergi kedai bro tu. Aku call petang tadi. Dia kata dia diluar ada dekat bengkel nanti telefon semula. Akhirnya dia kata, 'Kaki robot? Dah siap dah' (aku blurr gila sebab dah siap?pelik gilaaaaa). Aku dengan blurr kata esok sajalah jumpa. Hahaha. Aku rasa bodoh gila. Sebab nak percaya kata dia nanti lega pula. Nak kata tak siap apa, gagal lah jawabnya. Jadi bagaimana? Duit ada.? haha macam mana pun. Aku layan dan terima saja. Akhirnya, gila gila gila. Aku taknak soal kenapa mengapa. Takdir yang jadi akhirnya kena terima juga. Kan? Maka, angkat tangan kasi pusing sikit.
Nota penampar: Kalau tak suka mengajar dan tak boleh bersabar, jangan jadi pensyarah. Duduk rumah masak nasi saja ya.
No comments:
Post a Comment