Harini gua penat. Penat apa? Entah. Kadang gua rasa gua macam tak mampu nak handle course computer science ni. Ramai kata gua mampu. Gua ni memang tak bole blah lah. Pandang rendah pada diri sendiri. Aihh apa nak jadi ni kalau dah keyakinan makin kurang? Tapi muka gua ni ada gaya ke nak jadi programmer bagai ni. Tapi gua sedar jugak satu fakta ni. Rezeki tu ada dekat mana-mana. Belajar apa pun, kedepan ada rezeki untuk masing-masing. Tersasar pun apa salahnya. Perkara yang kita belajar tu boleh guna. Janji gua buat yang terbaik.
Gua dah merapu. Serious. Gua ni sebenarnya main langgar je. Sebab ada orang cabar. Gua fikir, gua hadam, gua tengok buruk baik, lepas tu gua pun dengan penuh keyakinan langgar. Bila dah langgar masuk sesuatu yang gua rasa tercabar tu, gua pun jadi blank. Gua google lah berapa banyak pun, cuba lah berapa banyak pun, gua tak dapat jawapannya. Apa yang gua lalu semua, tak ada dalam google. Gua rasa, masa tu, moment tu, gua sangat lah bangang. Sebab, keyakinan gua yang ada mula-mula tadi, hilang. Kena telan. Gua pun tak tahu kena telan apa. Hilang lah senang cerita.
Lepas dah hilang keyakinan tu, gua pun down. Down gila katak. Gua sendiri tak faham pasal apa nak down. Jangan tanya. Semua orang pun pelik. Gua sendiri pelik. Jangan nak terkejut sangat gua sound diri gua. Kelas lah, lab lah, apa lah, habis semua gua ponteng. Pelajar contoh habis. Kan. Kan. *tampar diri sendiri*
Gua ni down ada sebab. Gua rasalah. Ada sebab. Banyak menda yang potong gila masa gua masuk institusi gua tu. Kemain dia institusi. Ramai tahu dah gua belajo mana kan. So institusi tu lah, buat hal itu ini. Gua rasa kalau gua ada duit gua dah beli petrol bako je admin, account and segala department yang gua mampu. Walau bagaimanapun, gua bantutkan hasrat tu sebab gua jugak yang bayar. Kalau dapat claim insurance kaya lagi institusi tu. Ganas tak mentaliti gua. Rasa nak sepuk je. Sebab lab java programming tak reti buat, pasal bako membako gua fikir jauh sampai kemana dah.
Pengajarannya, gua rasa gua kena ada keyakinan dan kesabaran dan segala ke-an yang lain. Gua ni mengaku je gua teruk. Bebal. Degil. Salah ke? Tak kan. Masa depan gua. Gua kena tentukan. Gua dah gain balik keyakinan gua. Negatif yang duk sibuk nak masuk line tu gua dah hambat guna kayu hoki hehari. Penat memang penat. Sebab yang dihambat tu mentaliti sendiri. Persekitaran. Penat pun gua tak kisah sebab memang berbaloi! Tengok lah lama mana gua yakin boleh ni. Itu sahaja lah gua nak share. Gua ganas balik dah sekarang. Keayuan tu dikira negatif sekarang. Cuma gua tak carut. Haa mulia dak diri gua? Keh keh keh. Malam!!
nota dari hujan: belasah saja! yakin boleh!
oh joyah . be proud of urself .
ReplyDeleteput some ego in urself sure u can make it .
mcm i .. u xtau skg i macam mana but then we have to be strong for our own self .
nak berjaya sorg2x nak gagal pun sorg2x.
choose ur pathway wisely ya joyah .
p/s : <3 u aunty joyah !