20111231

ada hikmahnya orang kata.

malam ni. aku dengar lagu if i die young berulang ulang kali. tak bagus mana. sebab. selama ni. aku ada satu perasaan. yang aku selalu layan dan fikir. sebelum aku tidur. apa jadi kalau esok aku mati? menerawang fikiran aku entah sampai langit keberapa. aku fikir siapa sangat yang kisah kalau aku dah tak ada. aku cuba percaya paling tidak ada seorang yang kisah. percaya adalah perkara yang susah untuk aku beri pada manusia. nampak betapa bangang nya aku sekarang? bukan masa depan yang aku fikir tapi kematian. sebab tu aku tak minat nak belajar computer science. aku quit. for real for real. ada sorang ni cakap dekat aku -- dah buat keputusan, jangan lompat. 

kepada sesiapa yang beri sedikit masa, sedikit kata kata, sedikit ruang, untuk melayan aku yang gila, terima kasih. kenapalah kawan dengan aku ni. aku ni tak ada hala tuju. aku cerita itu ini. belum tentu aku buat. kalau boleh aku nak tido kasi tenang jiwa dalam tiga bulan. lepas tu nak meracau apa silalah. aku akan mamai gila tak faham sepatah korang kata. kadang aku harap sangat aku tak faham apa orang cakap. senang jiwa. aku rasalah. moment ni, aku malas nak dengar orang gaduh. malas nak tengok cerita. malas nak keluar. malas nak pegi sini sana. malas. yang aku suka hanyalah baca. jadi ym lah, whatsapp lah, tweet lah dan text lah sebanyak mana. syaratnya biar menarik dan penting. sekarang aku rasa macam nak sepak diri sendiri sebab bajet ada orang nak contact. aku tahu takda. fine.

kenapa aku pilih untuk quit? aku ada banyak alasan. banyak sangat. convincing semuanya. malangnya, aku quit ada satu sebab saja. satu. takda sorang pun tahu. tak elok kalau aku kongsi. cukuplah sekadar aku cakap tak ada rezeki. aku rasa itu dah memadai. nak pandang aku bodoh bangang bebal ke apa sila. satu ni aku pantang. aku tak suka kalau cakap aku tak bersyukur. itu aku tak suka. kau tak tahu apa apa jangan nak banyak cerita. aku ada sebab aku. dan aku tahu siapa aku. itu paling penting. kalau aku kacau sangat hidup kau pegi meninggal jangan kawan dah dengan aku. amboi marahnya dia. angin sungguh.

bukan apa. aku tak suka kalau orang tahu aku macam mana. aku tak suka share. sebab manusia. semua benda yang diketahui akan cuba disambung antara satu cerita dengan satu lagi cerita. tu aku tak suka. kalau aku ada masa nanti aku karang satu cerita kasi korang semua baca. aku cari tema dengan pengajaran dulu. keh keh keh jangan percaya jangan percaya.

untuk semua. hadapi dengan SENYUMAN. bukan cebikan :)


No comments:

Post a Comment