20100828

Rabak.

Luaran tampak larat.
Dalaman mahu lelap yang lama.
Mentaliti hanya kerja semata.
Fokus hilang dalam duka.

Keinginan membunuh.
Walau ada tapi tetap sama.
Jiwa bagai melayang ke angkasa.
Biarkan saja, biar buat sementara.

Kalau kosong itu penuh.
Kalau kosong itu benar.
Kalau kosong itu ada.
Kalaulah semuanya putih belaka.

Sesungguhnya seluruh aku rabak.

No comments:

Post a Comment