Lama tak luah kata jiwa jadi rindu pula. Bila jiwa diam sunyi, keliling bising. Tak selari selalunya. Aku rindu pada kesunyian yang sering ada. Bila muncul mahu serentak semua buat jiwa celaru tanpa hala tuju. Entah. Jangan tanya kerana aku sendiri tak tahu apa mahu hati ini.
Aku punya satu cerita. Cerita yang aku tak suka kongsi bersama. Ada yang tahu ada yang cuba tanya. Mudah tak pernah ada dalam ini cerita. Serabut ya. Jangan risau. Aku masih sama walau jeritan jiwa bagai laparkan kasih dia, mahu dia ada. Sentiasa ada. Gila ya juga tapi biarlah. Biar aku gila sementara ada masa.
Kalau ditakdirkan dapat bersua muka, aku tak tahu kata apa yang harus disusun agar apa aku rasa terluah jua. Bila agaknya? Macam tak akan saja. Haih. Abaikan.
Puasa memang puasa, ramadan bulannya. Sinar dimana aku sendiri masih cari. Untung yang berjumpa. Kalau boleh kirimkan sedikit buat aku tenang dan bernafas tanpa ada asap hitam walau awan di langit putih gebu.
No comments:
Post a Comment