Situasi aku. Fahamkan jika mahu. Abaikan jika perlu. Aku membesar di bandar yang rata-rata dihuni makhluk jijik hati serta keji budaya. Ramai kaca dan plastik yang merasa porak dunia adalah syurga mereka. Aku hidup keliling mereka ini. Aku lihat. Aku sedut udara yang mereka hidu. Laju-laju aku rasa sesat. Kian jauh aku hanyut lalu aku keluar dari wilayah jahanam itu. Itu bukan aku. Bandar ini, tanpa dia si bapa yang boleh halang segala benda yang ada maka hidup boleh gila boleh durjana.
Punya keluarga namun bajet bahagia. Bajet saja bukan real. Aku dah bilang tanpa dia bukan? Maka payah lah jadinya. Pendek cerita aku tak punya sesiapa untuk jaga aku bila aku ke luar, ke alam nyata. Bila aku perlukan mereka saat itu kosong. Perlu hadap sendiri. Aku berdiri dengan apa yang aku ada. Aku yang hodoh, jelik pada pandangan nyata. Aku pernah kisah apa orang kata kerana aku rasa bila dengar akur maknanya aku kasih pada mereka. Sama konsep bila kasih sama keluarga dan kita perlu dengar kata mereka. Salah rupanya. Aku belajar aku punya diri aku saja. Walau keliling lontar mustahil segala. Salah begini. Betulnya begitu. Biar saja. Cacatkan segala deria yang ada. Biar.
Bila mahu biar, aku harus tetap dan dihormati pendapatnya. Lantas cara mudah untuk kekal pendirian adalah dengan jadi kasar, keras, biadab, hati kering, ganas dan yang sama waktu dengannya. Jujurnya, aku sendiri takut pada dunia luar. Aku hanya peludah gila yang terlalu jujur dan pelik. Aku dikira songsang kerana aku tak minat pada najis dadah. Aku tak punya ketagihan pada rokok dan kencing setan yang ramai agungkan. Aku cuma tak kisah jika sesiapa mahukan nya. Silakan. Aku tak pernah rasa kamu-kamu bodoh atau gila. Kerananya, seperti yang aku bilang tadi setiap yang berlaku mesti ada sebab dan akibatnya. Kalau kau sanggup hadap, silakan. Teruskan saja. Jangan ganggu aku sudah. Aku tahu aku salah. Patutnya dinasihat tapi kau biar pula. Pegi mampos sama nasihat. Aku sendiri jalan masih jatuh terbaring inikan mahu bangunkan mereka. Namun, tak bermakna aku rasa kehidupan mereka hanya sekadar ini saja. Malas mahu ulas panjang-panjan kerana ini entri mengenai aku bukan mereka.
Jika difikir orang akan kata kau boleh cari pengganti dia. Kau boleh jadi ayu segala tanpa ganas semua. Bodoh siapa yang ludah kata ini pada aku. Aku tak punya siapa-siapa kerana dalam dunia ni tak ada yang boleh dipercaya. Tak ada yang akan anggap aku semacam yang dia rasa. Tak ada yang kasih aku sebanyak dia. Tak ada. Takkan ada. Biar aku tegakkan walau ramai pasti kata ada. Ada dan ada. Aku yang merasa bukan kau atau mereka. Bukan. Mudah untuk kata sukar bila kena. Itu lumrah. Aku pilih jadi begini kerana terpaksa. Bukan suka-suka. Kalau kau rasa aku kasar tak bertempat, ganas sangat, kelakian tak hengat, kau boleh blah dari hidup aku. Sebab yang jalan sorang-sorang balik rumah jam 11 mlm bukan kau. yang hempas pulas kerja lepas kelas cari duit untuk hidup bukan kau. yang pertahankan diri sendiri bila ada orang ganggu kacau bukan kau. yang tak makan bila tak ada duit bukan kau. yang cuba kental walau hati menangis bukan kau. Aku yang kena tempuh aku yang kena harung. Semuanya aku sendiri tanpa sesiapa.
Jangan pernah persoal lagi kenapa aku ganas, keras, kasar, biadab, cakap lepas, hati kering, atau apa-apa saja yang seangkatan dengan nya. Nyatakan pun kalau boleh elakkan. Aku bosan dengar dan terima saja. Macam lah aku ni memang tak ada jiwa. Kering hatinya. Aku kata depan tak faham. Entri ni khas buat mereka yang tak faham kenapa keganasan yang aku sebarkan. Aku rockstar luaran tapi dalam hati hanya aku yang tahu siapa aku. Kau dan mereka jangan sibuk mahu tahu. Kalau kau kenal aku, pasti kau tahu. Diam saja. Aku yakin boleh bilang degan sebelah tangan saja siapa tahu. Pasti.
No comments:
Post a Comment