20100513

Tongkat.

Aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu puncanya. Aku tahu aku perlu maka aku laku. Aku mahu kongsi rasa. Mahu, keinginan itu ada. Namun aku lebih suka pendam rasa. Explore rasa itu. Takluk rasa. Akhirnya aku kecundang rebah jatuh hingga patah semangat. Aku kalah. Hati bersepah dengan emosi. Minda mengamit memori yang pernah terjadi. Payah. Siksa. Pahit. Duka. Cedera.

Aku tak tahu mana nak mula. Untuk berdiri semula perlu ada semangat. Semangat sudah patah semasa rebah. Bagaimana caranya. Mengalah itu cara juga. Mudah. Bangkit semula perlu ada tongkat. Bukan bangun dengan suka bangga diri segala. Bila rebah. Saat rasanya kalah. Itu nikmat. Nikmat yang Allah beri agar aku sedar. Sedar bahawa Dia sentiasa ada. Sentiasa. Aku diuji. Musibah yang diduga itu cara untuk hapus dosa-dosa kecil. Aku terima. Aku syukur Dia masih ada dan sentiasa ada.

Bila sedar itu wujud. Tongkat itu pasti ada bersama. Tak kira siapa, apa, mana. Tongkat itu ada. Aku cuma perlu buka mata hati untuk lihat, cari. Dia sentiasa sediakan untuk semua umat Nya. Aku sering gagal mencari dengan pantas. Hati perlu suci. Jiwa perlu tenang. Otak harus selari. Persoalannya. Mampukah aku terus mencari dengan tempang yang sudah ada, luka yang dalam dan cedera segala? Aku sendiri tak pasti. Sebab nya aku masih rebah walau sudah sedar. Boleh? Kalau kita betul-betul nak, pasti ada cara kan? Cara-cara sekalian, sila munculkan diri anda. Dengan kadar segera ya. Hujan sudah buka bicara, pesan nya agar aku berdiri. Hampir. Masih hampir.

notasejarah: 13May1969 adalah sejarah hitam untuk negara kita. Riots led to darurat in Malaysia. Perkauman isunya. Sekarang. Sama saja. Tak mahu maju kah wahai ahli politik Malaysia?

No comments:

Post a Comment