20100517

Gundah jiwaku

Aku nak mogok. Boleh? Ya terima kasih. Aku cuma mahu sedikit masa, sedikit keikhlasan dari jiwa. Aku tak mahu tagih pinta. Mungkin sekadar tunjuk ambil peduli itu payah, susah. Aku penat rasanya. Penat menembak depan semua. Konon aku gembira suka walhal dalam hati hiba. Aku perlu ubah pendirian. Biar aku lari dari lautan hidup sementara. Beri masa aku terbang tinggi ke ruang angkasa. Ruang kosong tanpa kamu semua manusia keliling aku yang wujud tapi jiwa dan mentaliti kosong. Penting diri. Aku malas dah nak cari. Aku letih usaha faham kehidupan kalian. Ikut sukalah mahu bahagia atau berduka. Masing-masing punya kehidupan. Aku sendiri tak terurus diri. Secara rasmi, mogok aku bermula. Jangan kongsi rasa kerana jiwa aku gundah gulana.

Gundah gulana bagaikan penjara
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika

Biar terus ku berlari dan lari
Waktu yang sama ku mencari
Jalan keluar dari mimpi ini

Ku dikejar bayang hitam
Memberi arahan yang buta
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika

Takkan pudar
Jika ku lepaskan segalanya kepadamu

-Gundah oleh Hujan

No comments:

Post a Comment