20100207

OK! OK! OK! Semuanya OK!

Aku tiba-tiba rasa nak video call dengan orang tu. Orang yang pergi jalan-jalan tu. Tapi dia tak online. So aku buat bodoh jela. Macam dapat lappy. Jangan ganggu orang tengah seronok. Baru lagi. Nanti-nanti pun masih bisa kan. 

Apa-apa lah. aku nak luah disini. aku ni masih tak faham kenapa, kenapa bila aku, mesti ada pengecualian. mesti ada punya. nak tipu muka aku. nak minta tolong muka aku. nak jadi setan dengan muka aku. nak duit muka aku. nak bengang geram ape semua pon muka aku gak kena. tapi kalau nak cakap jujur. buat baik. cakap sopan ada bahasa. nak beri pertolongan. mesti bukan pada aku kan.? kena bagi segala gula itu pada orang lain. selain aku. macam aku ni tak kisah apa ada hal punya lah. macam aku ok habis bro. aku relax jeee kan. ALL THE TIME. bila-bila nak, cari. tak nak, mampos kau lah makan ke, sedih ke. bengang ke. terasa ke. kau kan HATI KERING. yeee yang aku laung-laungkan tuu. aku ni hati kering kan. mana reti nak rasa apa. macam buat pegi lah apa pun. kental habis yaa. memang bukan manusia biasa. kerna hati itu tiada. yaa betul begitu??

Kadang-kadang aku rasa. tak mahu kenal dengan siapa-siapa pun. haa senang bukan. tak perlu fikir hati mereka. apa mereka rasa fikir segala. penat rasanya. aku punya rasa siapa kesah? oh lupa! aku tak punya hati. tak ada perasaan. tak perlu ambil kesah. kenyataannya, susah untuk luah apa yang aku benar-benar rasa sekarang ni. aku tak dapat nak terjemahkan dalam bentuk tulisan. susah untuk aku tembusi rencah yang satu ini. sakitnya rasa itu. bengang jiwa membentak. kecewa menyapa. sebak dalam dada. rasa kecil diri dalam robekan dunia. yang aku tahu, aku sedar. tak ada yang boleh faham aku.adoii parah jiwa aku kali ni. rasa pedih dua macam. haha.

Ini realiti lautan aku. aku perlu bertahan. perlu tangani ombak yang melanda hidup aku sekarang. aku sedang cuba hadapi. masih utuh berdiri. walaupun angin tiup sepoi-sepoi bahasa saja tapi goyang juga rasa kaki ini. lutut terasa lemah gemalai. malas untuk tegak merintangi angin yang tak berapa nak mencabar ini. mahu putus asa. begini lah rasa aku sekarang. aku sudah malas. untuk cuba jadi baik. cuba jadi orang yang ada bahasa. cuba bantu bila diperlukan. salah akukah?

Bukan kita diajar, jika saudaramu ditimpa bala, hulurkan bantuan pada dia. mungkin aku masuk sekolah sesat. mungkin juga. sebab aku rasa. sekolah atau apa-apa institusi pengajian itu tempat kita timba segala ilmu dan pengalaman hidup untuk masa depan. tapi apa yang diajar, kebanyakkannya tidak di praktik langsung. jadi apa fungsi sekolah itu? apa guna bangun pagi terkejar sini sana? untuk tentukan taraf gaji seseorang? untuk bezakan lepasan UPSR, PMR, SPM, Diploma, IJazah dan apa segala. hah mentaliti sekarang. bosan dan lapuk. itu semua rekaan manusia didunia. kertas semata. ada sijil kira kau hebat. tak ada lulusan kau bukan siapa-siapa. benci aku mentaliti orang yang pentingkan taraf. apa kau Allah buat dari batu permata kah? dari emas kah? ada beza nilai harga. ilmu ada kalau simpan saja tak guna. aku belajar untuk hayati fahami hidup ini. memang aku kejar sijil itu. tapi fungsinya bukan untuk duit. aku hayati pembelajaran yang aku bayar. yang akhirnya fokus pada Dia yang Maha Esa. (lari topik pula.)

Apa yang aku cuba sampaikan. manusia ada kemahuan masing-masing. tak kira siapa. semua pasti ada kemahuan, keinginan mutlak dari dalam diri. bila ada kemahuan, maka hati, jiwa nya itu pasti wujud. logik kah aku yang punya kemahuan apa segala tidak punya hati?? mungkin bagi mereka hati aku itu ada. tapi tiada darah. seperti organ aku itu mati pada aku yang masih bernyawa. logik kah? ini cara aku sampaikan apa aku rasa. melencong dari luahan rasa asal tapi maksudnya itu jelas. perlu aku nyata heboh satu duniakah yang aku juga manusia biasa? apa-apa sajalah. 

"Satu dua tiga dan empat,
Ini pendapat bukan nasihat,
Nak buat baik biar bertempat,
Biar jahat asal selamat,
Biar jahat asalkan dapat",  Ini yang terbaik kalau dalam dunia sekarang ni.

No comments:

Post a Comment