Permulaan.
Oh Tuhan. Terima kasih kerana masih memberi aku ruang untuk terus menghirup udara Kau di robekan bumi yang aku pijak ini. Terima kasih untuk air yang Kau limpahkan untuk hilangkan haus tekakku tatkala dipancar sinar mentariMu yang tak jemu jua menerangi lautan hidup aku. Terima kasih Tuhan kerana Kau masih lagi memberi dan terus memberi. Aku syukur apa adanya. Sungguh aku tahu Kau ada sentiasa.
Pertengahannya.
Aku sedar aku siapa. Aku tahu apa kelemahan aku. Aku faham situasi sekeliling. Tapi bukan jiwa aku. Aku masih usaha kumpul semangat yang dulu ada dalam diri aku. Pada aku. Tak mudah untuk aku cari gali, kemana hilang melayang, terbenam tanam, pergi matinya, semangat yang selalu aku kongsi. Sering aku beri dan acap kali aku semat dalam hati ini. Dalam diri. Perumpamaan hidup segan, mati tak mahu. Itu aku. Sedang dan masih lagi. Aku tahu. Salah pemikiran itu. Tapi itu yang aku rasa.
Mana hilangnya semangat aku? Aku tak pasti. Mungkin muak, loya dan bosan bila perkara sama berlaku berulang kali. Lepas satu, satu lagi muncul. Dua, tiga dan lima semua ada juga. Ya itu kehidupan. Tak mungkin akan selesai hingga angka berhenti tambah satunya. Tunjang akarnya aku tak tahu. Yang mana ya? Yang mana satu. Terlalu banyak aku simpan. Oh keliru. Bertambah lagi satu perkara. Kalau aku punya kuasa akan aku kosongkan ROM jiwa aku. Biar hilang semua rasa yang ada. Biar jiwa aku hidup tanpa ada coretan. RAM cukuplah. Bila tidur hilang semua rasa. Haha tak mungkin. Mustahil.
Akhir (wujudkah?)
Hmm mungkin aku saja yang melayan jiwa. Kalau ya, salahkah aku? Kenapa salah? Persoalan membuak dalam kotak fikir ini. Aku punya cara aku sendiri. Cara aku berfikir dan selesaikan tentang sesuatu perkara mungkin berbeza. Berbeza dari manusia biasa (perasan lebih). Aku lebih suka begini. Mungkin.
Selesa? Oh tidak sama sekali. Cara aku ini tak seindah yang disangka. Cara ini menyiksa jiwa dengan merasakan segala macam rasa dengan perlahan-lahan. Seronok? Kalau ya memang tak perlu bising-bising. Layan sajalah.
Kesimpulannya, bila aku hayati segala macam rasa ada pada dunia, aku belajar dan menambah pengalaman yang sememangnya mencoret-coret dijiwa. Perencah di dunia ini banyak. Aku baru makan sebahagiannya. Ada rasa hanya masa yang tentukan. Tak mungkin dapat aku cari sendiri. Takkan wujud rasa itu tanpa berlakunya sesuatu. Maka, aku perlu terus bertahan demi Dia. Aku tahu segala yang berlaku itu ada hitam putihnya. Mungkin putih itu terselindung di sebalik hitam. Aku perlu cari dan buka jalan ke sana. Aku tahu aku mampu kerana ujian yang Dia beri ini wajar. Dia lebih tahu segalanya. Aku cuma perlu terus tegak berdiri menghayati hidup yang Dia sediakan untuk aku.
Konflik ciptaan kepala mereka
Ingat aku ni kesahkah? Suka hati jiwa aku saja lah. Aku tahu aku lagi hebat dari semua. Aku memang berkuasa. Aku pasti tentang keputusan aku. Aku akan terus bertahan walau mereka semua kata bicara yang menggugat jiwa. Ikut suka akulah nak buat apa. Janji aku tak ganggu hidup mereka-mereka ni. Perasan lebih. Banyak bunyi. Terbangkan diri tinggi sama langit. Bila jatuh lebih sakitlah. Itu pun kena ajarkah? Dah tahu jatuh itu sakit, berdiri atas tanah saja. Tak perlu terbang. Aku lain. Aku hebat. Aku terbang melayang hingga ke angkasa pun aku tahu cari mana tanah untuk aku berdiri semula. Suka hati aku. Nak kata apa. Nak nyanyi apa. Nak buat apa. Nak gatal dengan siapa. Nak pergi mana. Aku tahu batas aku. Aku tahu diri aku. Jangan sibuk boleh? Tak layak untuk sibuk hal aku yang hebat ni. Aku bintang rock. Rockstar! Aku tahu mereka-mereka ni tak akan faham dan tak nak faham. Dan kalau nak terasa ke, nak bengang ke, nak merajuk ke, nak sentap ke, nak marah ke. Pergi luah pada laut atau lubang jamban saja. Aku sikit pun tak kesah. Memang tak langsung. Lantak lah dengan rasa-rasa tu. Tak berbaloi untuk dilayan. Ya aku kejam, zalim. Zionis. Ada aku kesah. TAK.
Sewaktu ketika dulu: Aku masih ingat rasa ini. Demam yang kebah pabila mendengar desiran ombak tatkala ditemani purnama. Ya itu khayalan semata. Kena marah ada ;)

No comments:
Post a Comment