Aku manusia biasa. bukan malaikat mulia. kau faham? tahu beza? jiwa ini milik aku. jajahan aku. bukan kau. kau hanya makhluk Allah bertopeng manusia. syirik itu kehidupan kau. itu kau. bukan aku. ingat bukan aku.
Kau ganggu aku. aku akan pastikan kau dapat gangguan itu semula. kau manusia. sedarlah wahai si buta. kau masih punya hari untuk luruskan jalan kau. walau payah mana. kau boleh usaha. aku bukan siapa-siapa. kau tambah garam dalam lautan hidup aku. aku terima seadanya. tapi kau jangan lupa.hidup itu macam roda. mungkin sekarang aku dibawah. kau masih selesa diatas. tapi kehidupan ini sementara sahaja. kau bukan kebal. paling penting kau bukan tuhan. kau layaknya digelar syaitan.
Aku tetap manusia biasa. hanya Dia yang aku ada. harap-harap kau dapat petunjuk. dunia ni luas lagi. banyak aku belum terokai. dari senang lenang hidup penuh riang hingga ke simpang susah membilang syiling merah semua aku dah redah. jangan ingat aku akan mengaku kalah. aku seorang pejuang. kalah itu lambang aku usaha kearah menara jaya. silap kalau kau ingat aku akan mengalah. kulit ini hak aku. ingat tu.
No comments:
Post a Comment