20150911

Jumaat, 20150911

Harini aku datang office awal. Dengan harapan it will be better than yesterday. Aku nak balik awal. Boleh relax sikit petang nanti. Datang office aku turun beli breakfast. Makan semua steady. Bahagia je rasa.

Sambil tengah makan layan wassap. Call tak banyak pun sebab Friday, banyak negeri cuti so less call la sikit. Wassap memula rasa ok je. Lama lama, naik menyampah pula. Boring bila tengah happy happy, orang wassap mencarut, maki. Faham tak boring?

Aku ni kadang hadap jela orang nak cakap itu ini, buat lah macam mana pun. Tapi bila pagi pagi dapat maki, dapat tahu pula kena OT lagi backup orang yang tetiba sakit, tetiba EL. Boring gila keja macam ni.

Tengah type ni pun dapat lagi call dari orang yang maki pagi pagi. Memang la tak maki aku. Tapi aura negatif ni aku tak suka betul kalau receive pagi pagi. Aku ni nak keja happy happy. Relax relax. Lupakan problem kejap kalau boleh.

Tapi kalau keja dengan manusia ni, banyak ragam. Yang meroyan, yang menyusahkan, yang buat lawak tak kelakar, yang tak nak memahami, yang suka buat andaian sendiri, yang menyibuk nak tahu itu ini. Semua ni aku macam dah boring. Tak penat ke? Aku penat dah ni.

Tengah type membebel dekat sini pun wassap lagi tanya itu ini. Kadang aku macam tak faham, aku ni tak cukup garang ke? Garang garang pun orang approach juga. Tanya juga. Cari juga. Nak apa sebenarnya?

Kadang aku rasa orang cari aku untuk memudahkan hidup diorang je but then aku siapa untuk judge orang macam tu. Tak baik kan. So, sekarang ni aku tengah rasa menyampah dan penat dan letih dan malas dan macam macam lagi lah. Penat layan kerenah orang ni. Penat tapi sebab sayang aku layan kan juga.

Apa diorang ni tak sedar ke, hidup ni bukan untuk puaskan hati sendiri saja. Hidup kena steady faham keliling juga. Bukan jadi ignorant dan bebal tak kena gaya.

Panjang aku rant harini. Baru pukul 10 pagi padahal. Nak senyum pun rasa malas.

Apa nak jadi dengan Jumaat aku ni. Dugaan ya Allah pagi pagi lagi.

Life is hard kan. Makin lama hidup, makin banyak dugaan. Makin tuhan sayang insyaAllah.

Fake a smile. Be happy.

No comments:

Post a Comment