Malam ini aku berkhayal. Tentang rindu rindu yang bergelimpangan dalam hati. Tentang hal hal lepas yang tak perlu diimbas teliti.
Aku jadi bingung sendirian memikirkan masa depan. Apa yang lepas masih mampu terjadi lagi? Bila kitaran yang hampir sama ini akan berhenti?
Harapan aku nun hujung tinggi di langit. Impian aku untuk gapai erat tapi sepertinya aku perlu berlari. Sesak dada. Nafas turun naik menahan lelah.
Akhirnya, aku berhenti sementara melutut menangis dalam letih. Ini semua perkara sama. Kalau belum cukup kasih, separuh saja jalannya. Tergendala. Gigih mana aku cuba, kaki tak mampu mengorak lagi.
Lalu aku terus berkhayal tentang rindu rindu yang bergelimpangan dalam hati. Tentang hal hal lepas yang tak perlu diimbas teliti.
Fake a smile. Be happy.
No comments:
Post a Comment