20120517

jodoh.

Assalammualaikum!

nak cerita sikit lah apa yang duk fikir dari tadi. pagi khamis ni, cuma ada burung saja kicau sembang itu ini. kalau faham boleh jugak join tanya hujan ribut awal tadi depa duk berteduh tang mana. tengah tengah sedap taip terus tak berkicau dah. hmm pagi ni sunyi. sepi. awal tadi ribut kuat. nampak bayang dedaunan pokok duk menari bukan main lagi. cuak jugak rasa. sebab tak pernah pulak angin sampai ribut gitu. rupanya menurut twitter, tempat lain pun sama jugak. lega sikitlah. duk fikir mati je tadi. awat jangan tanyalah. dah kata cuak. ingat tuhan automatik kepala ingat mati. macam tu.

duk terfikirlah, sy ni takdak lah baik mana, takdak lah elok tara mana sangat kan. la ni tengah duk mencuba jadi hat yang terbaik lah, semampu diri ni. sy ni sedar sebenarnya sy ni tak baik mana. tapi sy usaha untuk tuju ke arah yang lebih elok, lebih mulia tapi bukan lah untuk korang semua. untuk Allah sebenarnya. dari tadi duk terfikir terfikir apa dia pun tak sebut lagi dak. lagu ni. sy ni fikir pasal jodoh. sy selalu terfikir pasal ayat begini. 

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. InsyaAllah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita." - sumber iluvislam.com

maka, sy rasa sy perlu jadi baik kalau sy inginkan jodoh yg baik. kalau sy asyik teruskan perangai serupa hantu, maka jodoh sy juga hantu lah kan. eh? maksud sy apa yg kita buat tu basically kita akan dapat balik sebagai pasangan. sy fikir begitulah. kamu semua tak tahu lah sy. tak salah untuk jadi baik walaupun orang keliling pandang serong terhadap kebaikan kita.


"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." - (Hadis Qudsi)

hadis ni sy rasa kena pegang erat erat dan benamkan dalam jiwa. ada huraiannya tapi sy tak kongsikan sekali. dari segi pemahaman sy, tuhan pandang pada hati kita. baik yang kita hajatkan, baiklah jadinya. biar orang buat jahat atau biadab pada kita, biar. kita balas dengan kebaikan juga. dalam hal ini sabar tu perlu ada. betul? yes. sebab tu kita selalu sebut sabar tu separuh dari iman. sebab tu lah, kalau kita ada kesabaran, insyaAllah iman kita teguh dan steady.

that is why bagi sy tak salah sy jadi baik dan berubah ke arah yg lebih elok. siapa yg tak suka itu hak mereka. yg penting Allah maha melihat pada hati sy dan seluruh isi bumi ni. kenapa perlu menggembirakan manusia sedangkan tuhan kita murka. kan. nak dapat jodoh dan keturunan yang baik bukan mudah. semua ni ketentuan Allah sebab hanya Dia yang punya kuasa untuk tentukan. kita sebagai hamba kenalah usaha jadi yang terbaik dan seelok mungkin pada pandangan Dia. Cuba fikir, kalau pada pandangan Allah elok, dah tentu pada pandangan orang yang beragama dan berakhlak elok juga. kan. jalan dia selari. kita ada pada jalan yang betul menuju akhirat, maka jalan itu akan temukan kita dengan kebaikan yang ada di dunia. macam tu lah gamaknya.

entri ni sekadar peringatan kepada diri sendiri. belum tentu jodoh tu dapat yang baik baik. ada saja pasangan macam asiah dengan firaun contohnya. itu semua kuasa tuhan. kita sebagai hamba kena terima cabaran dan dugaan yang telah Allah hadapkan di depan kita. betul dak. kan kan. haa nak berubah tak susah sebenarnya. janji hati ikhlas dan nawaitu kena betul. lepas tu buat dan amal. istiqamah sekali le.

wallahu a'lam.



#kebenaran




pi es: ini serius. sy yg tulis.

1 comment: