gua ada satu masalah bila orang nak membebel dekat gua pasal masa depan, pasal kerja, pasal belajar. gua menyampah. gua menyampah gila. gua ni ego tinggi gua nak kabor. gua ni tak suka dengar menda tipikal turun temurun ni. gua ni pantang dicabar. gua ni memang mulut lancau. lancau mana pun gua takda lah pulak kacau hidup lu kan. apehal kalau gua duduk rumah saja sementara. nak membebel takda keja lah, apa lah, apehal gua mintak duit lu yang tinggi gunung tu ke? gua mintak ke?
memang lah gua duduk rumah. ada fikir ke tok gua tu takda siapa nak jaga. ada fikir. kalau gua pegi belajar, pegi keja, ada ke yang nak kisah. ada? lu orang sembang sedap lah. gua yang kena stay rumah duduk tercongok tak bole pegi mana tanpa kena dengar dulu mukadimah yang gua bosan nak dengar. lu orang tahu apa. gua privasi pon takda. dari gua tingkatan berapa gua kena sebilik dengan tok gua. lu orang ada ke. gua punya privasi cuma toilet je. toilet. tempat paling keji dalam rumah. setan banyak lah dalam tu. gua tak bunyi pun sebab gua tahu ada hikmah. gua tunggu. gua sabar. gua fikir kalau gua bising pun tak guna. gua sabar je selama ni. kalau gua takda lu orang ingat lu orang bole ke berjaya jauh macam tu. gua ni terbantut sebab gua tak bebas nak terbang tinggi. gua kena fikir tok gua. mama gua. kalau gua takda siapa nak jaga. adik gua dekat moscow. kakak gua memang tak lah nak duduk rumah manjang. abang gua dah ada family. takkan gua nak suruh adik gua dekat lipis tu. gua je tinggal. apa ingat senang senang gua nak tinggal belajar camtu. gua nak pegi kolej pun susah. gua takda lesen. gua takda besi nak pegi ulang sana sini. gua nak apply mara universiti tak kasi. habistu lu orang nak gua hutang banyak banyak lah sampai berpuluh puluh ribu. lu orang nak bayar ke. nak bayar? tak kan. gua punya masa depan. gua tahulah. ada sebab kenapa gua quit semua. banyak menda gua kena fikir. serabut kepala. lu orang tahu apa. tahu apa. gua ni fikir panjang bukan pesen ikut ikut je. ingat apa gua memain lah suka suka. gua ni capricorn lah. dragon lagi. lu pegi baca dulu lah personality traits capri dengan tahun dragon ni. pegi baca. pegi baca. gua malas nak cerita gua ni macam mana. malas.
gua ada planning gua. cuma setiap kali gua buat planning, gua kena fikir family, gua kena fikir duit, gua kena fikir itu ini. lu orang hidup zaman dulu tu lu ingat sama ke dengan zaman sekarang ni. tak sama lu tahu. tak sama. gua punya situasi lain. lain sangat. lu pun penah susah gua rasa. tapi lain lain lah. lu punya hidup, lu punya hidup lah. gua ada komen kritik kritik ke. tak kan. kalau lu tonggang kencing setan memang gua kritik. kalau ada, gua cakap ni. kalau ada. tapi kalau lu orang rasa, nak sangat gua ni penting diri jadi kapitalis jadi orang ada pangkat semua, memang gua buat jelah. ingat gua ni bangang sangat takda otak. lu tunggu jelah. gua akan berjaya. tuhan tu maha adil. maha pemurah. lu nak sembang lebat bangga pasal family lu orang bagai, kedepan belum tentu lagi lah lu masuk syurga. lu berjaya atas dunia bukan jaminan lu berjaya dekat akhirat. gua ni memang perangai serupa setan tapi setan setan gua pun gua tak jadi tuhan. gua memang degil, gua tahu. tapi kehidupan gua pun semua orang nak tentukan, mati lah gua. baik lu orang amik je nyawa gua. takda fungsi gua hidup mengikut telunjuk orang. gua fikir jauh. gua lain. cara gua fikir, sangat lain. respect lah gua sikit. memang gua ni muda. tapi gua pun tak bodoh nak ikut mentah mentah nasihat orang. gua ni ada cita cita. cuma gua tengah cari mana yang paling power. heh.
panjang gua bebel kan. nampak tak betapa serius nya isu ni. make sure lu orang nak cakap tu fikir dulu. gua tak suka kalau kena dengar pasal ni lagi. gua bukan berlagak bagus. gua cuma buat demi gua je sekarang. dah sampai masanya gua jadi penting diri. kalau gua tak buat gini, orang pandang gua macam sampah. itu saja.
sekian,
Peludah Gila.
No comments:
Post a Comment