Harini gua genap 23 tahun 1 bulan. Gua rasa sangat muda. Serious. Gua nak bersembang ni. Gua tahu takda yang nak layan so gua tulis entri pun jadilah ye. Tahun ni gua takda azam sangatlah. Lebih kepada target. Banyak target gua ni. Contohnya nak settle hutang, nak ada lesen, nak ambil muet, nak jadi lebih baik dan ayu. Okay yang last tu gua tipu. Gua dah cukup ayu dah. And sah sah gua baik gila. Kan! Okay sila pegi bilik air kot ya nak muntah pun. Banyak lah jugak target gua ni. Salah satu target gua tahun ni ialah gua nak beli ukulele. Ingat nak beli gitar tapi gua tak nak jadi Najwa Latif. Kakaka okay tak lah. Gua saja nak start dengan menda kecik yang comel ni dulu. Hihi comel tahu uke ni. Dah lama gua nak. So gua rasa tahun 2012 ni adalah tahun paling sesuai untuk gua target perkara yang boleh masuk dek akal. Takkan nak target kawen pulok kan. Tu kita serah ke kawan yang dah memang gatal jelah dak. Keh keh keh. Takat ni ada dua yang gua terjatuh hati. Dedua soprano uke dari Ukelele Malaya Store. Gua tak tahu sangat tapi gua tibai jelah. Beginner lah katakan. So dedua uke ni sangat lah comel. Tahap comel dia gua rasa macam nak nyanyi lagu Obsesiku by Aqasha. Kah kah kah.
Tahun ni juga gua akan jadi liar dan gila sementara untuk cari duit. So sesiapa yang nak offer gua keja tu bole lah contact gua. (gua tak buat CV lagi pun senarnya) Banyak projek dalam kepala otak ni sampai sebulan jugaklah gua fikir. Hebat kan. Takyah cakap lah gua tahu gua hebat. Oh gua juga akan lebih gigih belajar bahasa Sarawak. Nak tahu caranya? Nak tahu? Jangan harap gua nak kasi tahu. Projek gua kebanyakannya top secret. Tak thrill lah kalau semua menda nak cerita ye dak. Okay tu je gua nak sembang. Peace out.
Makala Ukulele Soprano (MK-S)
Makala Ukulele Soprano Dolphin (MK-SD BLACK)
pi es: siapa rasa dedua ukulele ni tak comel bole pegi meninggal. Kbye.


No comments:
Post a Comment