20120210

Sekadar pendapat.

Salam sejahtera saya ucapkan. Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Harini saya nak bicara perkara serius. Ada beberapa perkara yang amat amat mengganggu kepala otak saya sehingga saya rasa saya patut tulis dan luah serta merta. Pada zaman kini, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi dan teknologi. Tak dinafikan negara kita disebut-sebut dan dikenali di mata dunia. Apa yang saya nak nyata bukanlah mengenai betapa hebatnya negara kita atau unggulnya kita untuk mencapai Wawasan 2020 atau perkara begitu. Saya hendak nyata pendapat saya mengenai Malaysia dari skop sosial dan masyarakatnya. Saya bukanlah pelajar dalam bidang sains sosial, antropologi atau punya ilmu yang meluas dalam ketamadunan. Namun, saya merasakan adalah elok untuk saya kongsi pandangan dan perasaan saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Melalui pengalaman saya, rakyat negara kita sudah terlalu dimanjakan dan kebanyakannya lupa diri. Kenapa saya kata begitu? Tengok sekeliling anda sedari sedara. Lihat. Buka mata. Cuba tanya diri sendiri dan jawab dengan jujur.

1. Siapa yang bangga punya Proton Saga, Perodua Viva?
2. Siapa yang rasa percutian di Malaysia adalah sesuatu yang mendamaikan?
3. Siapa yang suka lagu pemuzik kita?
4. Siapa mahu habiskan ratusan ringgit untuk hasil karya puisi atau novel anak Malaysia?
5. Siapa bangga ada pokok kelapa atau pisang di rumahnya?
6. Siapa saja yang sudi bertutur bahasa Malaysia sebagai pengantara?
7. Ciptalah sendiri soalan yang bercambah mengenai Malaysia yang rakyatnya sendiri tak hirau. Sila.

Agak menjengkelkan bila masyarakat sendiri membenci dan mengabaikan budaya mereka sendiri. Terikut dengan budaya luar. Culture shock yang melampau sekali. Bukanlah semua namun setiap seorang punya sebab sendiri mengapa. Ada yang logik. Ada yang rasa patut dikasi pelempang sekuatnya. Sedar atau tidak, ciri-ciri budaya yang patut dibangga dan diikuti makin pupus dan dikeji oleh masyarakat sendiri. Apa teruk sangatkah budaya Malaysia sampaikan ramai rasa kolot dan tidak suka. Saya akui ada sesetengah perkara perlu rujukan luar yang boleh membantu dalam pengukuhan sesebuah masyarakat untuk membudayakan budaya itu. Kebudayaan di negara kita yang indah dan bernilai ini kian pupus kerana generasi muda tidak berminat terhadapnya. Mahu salahkan siapa?

Pendedahan terhadap kebudayaan kita dipersembahkan dengan cara paling kurang menarik. Diajar secara paksa dan bukan belajar untuk cinta padanya, tapi belajar untuk lulus periksa. Siapa yang tak takut pada kegagalan? Pegi sekolah itu saja lah tujuannya. Untuk apa? Untuk lulus periksa. Sebab itu saya tak suka pada sistem persekolahan di Malaysia. Maaf. Sistemnya mengarut. Matlamat, visi, misi atau apa saja target yang ingin dicapai itu mengarut betul bagi saya. Hidup kita bukan semata untuk wang ringgit dan menjana ekonomi negara. Bukan. Apa ayat yang selalu kita dengar dari pendidik?
     'Belajar tinggi tinggi, nanti besar dapat keja bagus boleh beli rumah, kereta.' -Cikgu sekolah saya.
Mentaliti belia disogok dengan pangkat, kekayaan dan perlu punya pelajaran tinggi. Tak salah jadi orang ternama, kaya dan punya taraf pendidikan yang tinggi. Tapi psikologi untuk disuruh belajar itu menyebabkan pelajar seperti aku merasakan aku perlu skor tinggi supaya senang nak apply JPA atau MARA contohnya. Terbatas minda belia. Terbatas. Nak kata apa. Sejarah kita sendiri di cerita dari satu belah saja. Keliru dengan apa di dengar, kita pilih untuk pekakkan telinga. Itu hakikat yang berlaku di Malaysia.

Lagi pula tak ada rujukan yang mudah untuk memahaminya dan peluang untuk jatuh cinta pada budaya itu sendiri tipis sekali. Bahasa yang diwajibkan di sekolah pun dilupa inikan mahu mengenali dan menghayati ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan sebagainya mengenai negara kita sendiri. Masyarakat kita leka dengan budaya luar. Dibanggakan lagu luar dan jenamanya, wajib tonton filem box office Amareka, pakaian perlu up to date hingga agama soal kedua. Macam mana? Diri sendiri tak cinta pada bangsa, pada budaya. Apa guna kau duduk Malaysia kalau rasa palat nak mengaku budaya sendiri itu indah? Pathetic. Itu saja yang mampu saya rasa untuk segelintir masyarakat yang majoritinya belia pada zaman 1Malaysia.


Sekadar pendapat dan luahan rasa. Kalau tak suka atau mahu share luahan sedari sedara, boleh komen nanti saya baca. Kalau rasa bodohnya pendapat saya dan tak boleh terima, eloknya pegi meninggal saja. 

Sekian.

nota kaki: envelop putih, envelop merah, cetek budaya membawa padah. -@asamadsaid


No comments:

Post a Comment