20120115

Cda,


Kehadapan Indah Donea Bhentang yang dikasihi. Diharapkan kau sihat sentiasa walau dalam jiwa mungkin ada duka. Sejujurnya, aku tak hebat dalam berkata-kata. Oleh itu, aku karang warkah ini untuk kau baca, agar ada juga rasa sayang dari aku yang jelasnya tak mampu diluahkan dengan selamba.

      Harini, 15 Januari. Harini, pada dua puluh tiga tahun yang lalu, kau lahir dimuka bumi. Aku ucapkan selamat menerima hari yang mendatang dengan tangan terbuka. Walau teruk mana, walau sakit mana, walau perit mana, walau indah sekejap cuma, aku tetap ada. Percaya pada jiwa kamu. Sungguh aku bukan depan kamu, namun bahu aku tetap ada, telinga aku sudi mendengar keluh kesah payahnya bernafas dalam situasi dunia yang kebanyakannya, tak selari dengan kemahuan kita. Aku mahu kau kuat. Jangan lemah seperti aku. Kau kuat. Aku percaya. Kau patut percaya juga. Payah memang ada. Jadikannya kawan supaya bila kau berjaya, bila kau gembira, kau tak lupa untuk bersyukur dan ingat perjalanan kau menuju langit itu tak mudah.

      Kehidupan ini sukar kerana kita menyukarkannya. Kehidupan ini derita kerana kita memilihnya. Kehidupan ini celaka kerana kita. Bahagianya rasa dari kita juga. Kita pilih. Diri sendiri. Jangan kau peduli apa serigala serigala mahu lalak sepanjang jalan kau. Mungkin ada palat yang bukan kita puncanya. Situasi kita, sama. Kau mungkin bahagia begitu, aku mungkin bahagia begini. Kau mungkin rabak disana, aku mungkin rabak disini. Aku bukan tuhan boleh bantu kau rasa tenang dan selesa. Aku cuma boleh katakan sabar lah ya. Itu kunci untuk segalanya.

      Meneruskan hidup, adalah tanggungjawab kita. Kau, aku, mereka, semua sama. Perlu. Teruskan lah menggila seperti biasa, menari dengan riang di sepanjang jalan bersama manusia terpilih dan tak lupa juga kawanan serigala yang tetap ada dalam hidup untuk meranap jiwa. Apa jadi kita hadap saja. Bersama. Walau jauh lama tak berjumpa, aku ada saja menyemak macam biasa di setiap kesempatan yang ada. Kau dah macam keluarga aku sendiri. Susah senang, biarlah bersama. Jatuh bangkit, biarlah tangan aku yang dipaut.

      Aku tak mampu untuk kata aku rindu, aku sayang, aku kisah pada kau. Aku cuma harap kau boleh rasa dengan jiwa apa aku sanggup buat untuk orang gila macam kau. Satu permintaan aku Da, jangan buat gila sangatlah ya! Sampai disini saja aku rasa. Be good. Jaga diri sedari.

Sekian,



Jah.

   




antara satu yang mampu ukirkan senyumanku


No comments:

Post a Comment