Penat. Penat itu wujud bilamana kau lakukan sesuatu yang kau enggan lakukan. Hilang minat pada perkara yang perlu dilaku itu. Sama konsep dengan kena paksa. Similar. Semua orang pernah alami melainkan penipu-penipu yang ada. At least aku rasa macam tu. Kadang penat ni saja-saja disebut. Untuk pamer rasa tak suka padahal tak penat mana pun. Kan.
Keadaan sekeliling memaksa aku memenatkan diri saban hari. Tahu tak duit tu satu ciptaan manusia yang sangat kejam? Kebenaran tapi itu yang dikejar. Benci duit tapi pada masa yang sama kecintaan terhadapnya timbul kerana kecintaan terhadap sesuatu itu memerlukan duit. Pelik. Satu hakikat yang tak boleh blah tapi aku kena terima. Sebab dunia ni memang diajar, untuk survive dan terus bernafas dalam kota lumpur ni, duit harus banyak dan itu adalah kebenaran yang tragis. Sebab sesiapa yang tak punya duit akan ditindas. Untuk memulakan suatu impian itu, modal atau lebih senang dipanggil duit perlu ada. Sebab menghidupkan sesuatu diatas dunia ini memang memerlukan duit. Aku percaya pada rezeki dan kehidupan ini adalah pemberian oleh Tuhan yang Maha Esa. Kepercayaan itu ada. Masih. Bila mentaliti dah disogok --tanpa duit tak boleh hidup maka porak habis dunia. Dunia makin punah dihujani duit. Kian hancur kasih sayang. Duit bikin gaduh. Haru dibuatnya.
Aku sedang mengalami kerabakan jiwa yang melampau akibat sang duit ini. Rata-rata tak puas hati dengan kemurahan rezeki yang aku terima. Aku kongsi bersama. Aku beri sebanyak mana yang aku mampu. Tetap tak pernah cukup. Tak pernah dihirau. Bunyi bisik bisik penuh makna dibelakang aku. Oleh manusia yang rapat. Menghancurkan jiwa aku. Akhirnya, aku duduk senyap merenung masa yang aku rasa semakin lambat gerakannya. Terpaksa menggagah diri. Meneruskan kehidupan yang makin celaka aku rasa. Aku tahu. Aku mampu. Tuhan itu ada. Aku cuma perlu doa. Harap diberi petunjuk kepada mereka yang tak pernah syukur dengan apa yang mereka ada. Mahu mencari salah aku semata. Salah diri tak mahu dicari. Sedih bila perlu hadap manusia yang lagaknya baik tapi memburukkan orang pada yang lain. Itu salah bagi aku. Sebabnya, dengan kata-kata yang dijaja itu timbul pelbagai spekulasi, andaian-andaian yang boleh membunuh jiwa. Jiwa siapa? Fikirkan.
Apa guna mempertahan sesuatu yang nyatanya bukan dipihak kita. Tak ada guna. Rasa teruk. Parah sekali jiwa aku kali ini. Tuduhan yang aku hadap, biarlah. Aku terima saja. Kalau betul kau kawan, datang berdepan. Tanya. Takut tanya berdepan, boleh guna telefon. Zaman dah maju. Tanya. Bukan pergi buka cerita pada yang lain kononnya mengadu domba kata itu ini. Sedih bilamana orang yang mendengar aduan itu bertanya. Aku terpingga. Hati tak mahu percaya tapi yang mampu hanyalah bertabah. Kenapa perlu dicerita perkara yang dah lepas sedangkan kau pun sama? Salah aku mungkin. Percaya pada manusia yang kurang masalah sendiri. Semua nak tahu. Hanya untuk senang menjaja cerita. Aku benci manusia begini. Ingat. Aku benci. Ingatlah apa yang aku benci. Ingat.
-- Apa yang kau lakukan dibelakangku.. Mengapa tak kau tunjukkan dihadapanku..
No comments:
Post a Comment