Untuk berpuluh juta kalinya aku kata hati kering milik aku. Masih merasa kering hati yang aku bawa merata ini. Namun harapnya semua sedar bahawa manusia punya hati walau secebis kecil dari daunan yang terbang layu ke bumi. Walau kering mana daun itu tetap punya jasad yang dapat di rasa kehadirannya walau tak semua sedar akan ia. Faham? Ah siapa mungkin faham. Kenapa harus di jaja sayang semua sedangkan jika ikhlas itu ada pasti akan terbit rasa itu walau sekejap cuma. Cuba untuk faham. Cuba.
Aku punya jiwa yang pernah rasa gila untuk segilanya manusia. Aku pernah rasa sayu yang melayukan sekeliling jua. Aku pernah rasa jatuh yang tak mungkin bisa bangkit semula. Aku pernah rasa bukan semua tapi kebanyakan rasa perit yang aku tak mahu kongsi bersama. Aku sudah harung. Namun untuk pertama kalinya aku rasa bila berkait soal sayang pada dia, lemah aku bagai sengaja walhal memang itulah jadinya. Bodoh. Kenapa bodoh? Bodohnya kerana aku sendiri tak dapat buang jauh rasa ini untuk terus campak ke laut jauh semua. Ok, mungkin terlalu dramatik? Well, hidup itu drama realiti. Tak perlu di tonton. Sendiri rasa, tafsir dan terima.
Paling utama yang aku rasa bila tidur tak pernah berjaya. Keinginan ada, badan penat segala tapi mata tak mahu lelap. Jika bersembang akan terasa, disorongkan bantal takkan mahu pula. Kesimpulannya, aku menyampah dengan diri aku. Sekian.
notabuatdia: keyakinan itu ada. namun kalau diuji sentiasa boleh hancur semuanya.
No comments:
Post a Comment