20100912

Jujur penting dalam dunia.

Aku tak berapa nak minat buat entri raya bagai. Sebabnya, aku pun tak rasa nak raya. Sebabnya, aku rasa haih aku pun tak ada idea nak bagi alasan apa. Terima jela aku tak minat nak beraya padahal cuti dua minggu. Ya dua minggu. Barai kejap poket. Bukan kejap tapi memang lama dah. Haih.

Keputusan yang dah tertera tak mungkin akan bertukar. Aku akui, aku buat semampu aku walau aku tahu paling cincai aku beri. Buat masa itu, yang mampu hanya takat itu saja. Maka bila keputusan dah nyata nak kata apa, terima je. Penat pun belum habis. Kesat peluh masih tak kering. Tempat duduk tak sempat panas lagi. Tak berbaloi.

Kalau dikira, secara kasarnya memang aku tak layak terima sebanyak itu.
Kalau dihitung, secara halusnya memang aku tak buat sesungguh tekun segala.
Kalau dicongak, secara lumrahnya memang aku yang salah.

Ya, aku salah. Kenapa? Entah.

Semangat hilang entah kemana. Aku kutip satu persatu cebisan semangat yang ada di tengah jalan. Aku tagih dari mereka-mereka yang bergelar sahabat. Aku pinta dari Tuhan yang Maha Esa. Aku cuba kumpul dan cantumkan untuk hasilkan satu kuasa yang boleh mengalir deras dalam arus hidup aku. Satu pun tak berjaya. Satu pun tak beri kesan yang dalam. Usaha aku seperti bilanya kau cuba cantumkan kertas dengan gam tetapi dalam air. Gamnya habis kertasnya koyak pecah tenggelam entah mana. Aku cuba. Cuba dan cuba. Pada jangka masa itu juga, kau boleh lihat betapa aku lemah, longlai, negatif, tiada maya, fikir hanya mahu terus bernafas walau dalam asap tebal yang boleh membunuh nyawa sendiri.

Perjalanan masa itu sungguh lama aku rasakan. Peritnya tak dapat aku ceritakan. Aku tak tidur malam. Aku berjaga kerana diperlukan. Kononnya. Walhal aku sendiri punya beban dalam kepala yang mengganggu kehidupan harian. Semacam tepu minda hingga aku pernah mahu jalan kaki ke 7e untuk membakar gulungan duit sendiri. Itu hari-hari pun. Masih ada keinginan itu. Nanti-nantilah dulu. Aku jadi gila kerana perkara ini. Gila. Kau takkan jumpa aku yang itu pada masa depan aku rasa (harapnya). Sebab sememangnya itu bukan aku yang orang kenal. Malah aku sendiri tak tahu aku bisa jadi aku yang itu.

Aku tahu. Aku tak layak untuk dapat apa yang aku inginkan. Keputusan tetap sama. Orang kata, puas hatilah dengan apa yang ada, bersyukurlah dengan apa yang dapat, kira okaylah apa yang kau capai. Maaf. Aku bukan tak mahu terima seadanya, bukan aku tak bersyukur dengan kehendakNya, dan jawapan aku tetap tak okay dengan apa yang aku capai.

Lantaklah orang nak kata apa. Aku tahu aku siapa. Aku tahu dengki dunia tetap ada. Aku tahu manusia sentiasa menunggu masa manusia lain membuktikan hukum graviti itu ada. Aku tahu walau ramai yang buat tak tahu. Ramai rasa aku melebih-lebih dalam soal ini. Ramai rasa aku boleh terima. Ramai rasa aku baik-baik saja. Rasa itu semua tak boleh guna. Aku bilang aku bukan aku yang dulu-dulu. Abaikan segala benda tanpa hirau hati sendiri segala. Aku sekarang penting diri. Ada sebabnya.. Nanti ada masa aku cerita. Kalau aku ingat.

Sejujurnya, jika aku ada salah dan silap, ampunkan aku seikhlas hati, maafkan aku setulus jiwa. Walau sejahat mana aku kata, seteruk mana aku maki, seburuk mana tingkah aku pada kau-kau yang ada diluar sana. Ingatlah aku lakukan demi kebaikan bersama, terutama kau yang sentiasa aku sayang dan kenang walau jauh dari pandangan mata. Setiap aku laku ada punca dan hala tujunya. Semoga kau-kau masih ada menumpangkan aku dalam putaran masa kalian semua. Bahagia sentiasa ada walau perlu cari dengan sungguhnya. Ingat.

Sekian.

notaingat: sedekahkan Al-Fatihah buat semua yang telah pergi walau pusara tak dilawati.

No comments:

Post a Comment