Selalunya manusia lupa. Bukan kadang-kadang lagi. Aku lupa pada benda yang aku rasa perlu lupa. Ada benda aku mahu lupa tapi masih elok melekat dalam minda. Sesetengah perkara yang tak seharusnya lupa aku terlupa juga. Apa yang cuba aku sampaikan ialah lupa itu selalu ada walau tak memerlukannya. Lupa menyakitkan hati dan sering menjadi alasan terulung dalam banyak-banyak alasan. Contoh: kau kat mana weh? lama aku tunggu kau ni. kata pukul 2 jumpa. -Alamak aku LUPA! Aku duk ingat kau kata pukul 5 macam mula-mula.
Bila terlalu banyak lupa maka kita pun lupa pada kebenaran yang ada. Lupa selalunya membuatkan kita bertambah lupa pada kehebatan Dia. Betul? Itu aku rasa lah. Makin lupa maka makin jauh kau dari jalan yang sepatutnya kau lalu. Asyik lupa je boleh bagi jiwa gila dan minda blurr. Ada yang tertanya kenapa aku bicara lupa pula. Ada sebabnya. Ketuk kepala tanya kenapa kenapa jangan sampai aku ludah kata KAU LUPA. Aku sedar aku di mana pada prioriti sesiapa pun jua tapi jangan pernah lupa apa yang pernah di lalu bersama. Aku sentiasa ada tapi ingat manusia boleh berubah dari ingat kepada lupa juga. Aku bicara sejuta kali pun kalau masih lupa saja maka abaikan lah ya. Biar pada aku. Biar di lupa biar selamanya. Sekian.
Ini anak saudaraku yang pertama. Iffah Farhanah namanya. Aku belum berkesempatan untuk bermadu kasih dengannya. Di masa hadapan mungkin?
notasalam: Salam Ramadan kepada seluruh umat Islam. Moga-moga purnama ini bisa membetulkan sesuatu yang punah sebelumnya. Semoga yang lupa di cuba ingat walau perit nak buat. Jaga tingkah walau payah.
No comments:
Post a Comment