Aku tahu aku tak sempurna tapi aku rasa aku layak buat apa aku suka dan buang jauh perkara yang aku tak suka. Maka jangan persoal jika aku buat sesuatu yang drastik pada sesiapa. Aku memang gila. Siapa nak persoal sila lah tapi sumpah aku tak layan. Keputusan aku muktamad. Maaf tapi aku memang begini. Emosi sentiasa walau ramai berkata hati kering saja. Ada aku kisah? GTK? Biadab aku ini kau perlu hadap.
Kepada sang bintang, aku harap kau sudi pamer diri untuk legakan hati aku yang sedang gusar. Aku mahu kau ambil rindu aku dan sebar pada laut. Kau hilangkan lah rasa ini dan kembalikan riang dalam diri. Aku cuba ukir senyuman walau sukar saat ini. Sang bintang sila hiasi angkasa luas buat tatapan aku saban malam di LRT. Senyum, senyum, senyum kembali.
Kepenatan bukan penghalang namun gundah jiwa buat aku kurang minat online dan buang sawang di sini. Sekian.
notaminda: kenapa kena mesej setiap malam? malas jadinya.
No comments:
Post a Comment