20100713

Jauh dalam hati. Aku benci orang tanya kenapa tak berpunya. Kata aku jual mahal dan memilih gila. Aku lebih tahu siapa aku, betul? Siapa rasa lebih faham aku dari aku itu penipu. Tak ada. Tak mungkin ada. Sebab aku tak pernah beri seluruh jiwa aku pada sesiapa. Sampai aku jumpa orang yang sayang aku kerana aku, bila tulus kasihnya dapat aku rasa, cinta aku sepenuh jiwanya tanpa aku minta-minta, maka jiwa aku milik dia. Aku bukan main-main dalam soal jiwa. Susah untuk aku kongsi jiwa lagikan memberi pada sesiapa. Percayalah. Tak ada yang manis tanpa pahit di dalamnya. Jiwa aku penuh pahit hitam yang aku pendam. Cukuplah. Asalkan kau semua tahu bukan sekarang. Tiada lagi aku jumpa. Tiada.
 
'Kalau kau berada..
Dibelakang tabir menyaksikan...
Kau akan melihat..
Seniman ini menangis...'

Seniman Menangis - Jamal Abdillah

No comments:

Post a Comment