20100621

Kisah ke?

entah kenapa. aku emosi dengan mereka.

aku tahu. aku sedar.

aku bukan siapa-siapa. aku tak ada kaitan pertalian darah dengan mereka.

tapi salahkah jika aku anggap mereka saudara sedangkan semuanya seagama?
salahkah aku jika aku kisah mahu tahu segala?
salahkah itu. salahkah ini. salahkah.

aku sendiri penat memikirkan soalan yg tak punya jawapan jujur. tulus dari jiwa mereka.
kerana jawapan yg jujur itu aku tahu. bakal menghembus angin yg bisa buat hati keras jadi batu, pilu lantas beku.

mungkin salah aku untuk curah rasa kasih aku pada mereka.
mungkin salah aku untuk tunjuk aku ingat mereka.
mungkin salah aku untuk cuba faham situasi mereka.

ya mungkin salah aku. aku terlalu kasih pada mereka. aku terlalu menjaga kepentingan mereka sehingga aku lupa siapa mereka dan situasi keliling mereka.
manusia dan kelilingnya sentiasa berubah mengikut roda masa. sama ada mahu mengaku atau ingin kekal dgn perasaan tipu diri itu ikut suka masing-masing. aku lebih suka terus terang tentang perubahan. jika larat menidakkan kebenaran, silakan.

bagi aku hidup di dunia bukan berseorangan menyendiri. perlu hadap segala jenis manusia yg baik mahupun jahat. yg baik masih wujud. yg jahat pun tetap ada. tafsiran aku mengenai baik dan jahat berbeza mungkin dari org lain.
tp aku terang nanti nanti saja ya. entri ini mengenai emosi yg ada dlm jiwa. kusut kalut terperosok jauh dalamnya.

aku mahu. aku mahu mereka laung kata:
kami tak perlu kau wahai rockstar sesat. kami ada hidup kami dan dalamnya kau tak wujud lagi. kau hanya masa lepas yg sudah ada penghujungnya. kami tak perlu kau untuk ambil tahu jiwa dan hal kami sihat atau pun tidak. suka siapa atau kemana. perut terisi atau mimpi apa. pergi saja dari hidup kami kerana sesungguhnya kau bukan siapa-siapa dan kau harus terima saja.

kalau ada yg laung kata ini ke telinga aku. aku ucapkan terima kasih kerana jujur bercakap dari jiwa. terima kasih kerana aku memang nantikan saatnya. terima kasih.

kerana sudahnya:
aku penat mencari dan bertanya.
aku penat menghegehkan diri menyua muka.
aku penat meminjamkan telinga, bahu dan tenaga.
aku penat menggagahkan diri berdiri macho kononnya.
aku penat memahami situasi walau logiknya tiada.
aku penat menjaga hati walhal duka di jiwa.
aku penat mengagih masa hanya utk melayan bicara.
aku penat memberi kasih yg tak pernah di damba.
aku penat menghulur maaf bila kebenaran di nyata.
aku penat membebel motivasi sedang sendiri masih terpinga.

aku penat. faham?

Jadi buat beberapa masa atau mungkin selamanya. abaikan saja aku ini. buang aku jauh dari dunia kamu semua. kisahnya aku tak kisah. maka apa yang nak dikisahkan?

No comments:

Post a Comment