20100601

Kepada diri dan semua.

Selamat datang bulan Jun. Moga kau lebih bermakna dari bulan-bulan sebelumnya. Pejam celik pejam celik dah tengah tahun 2010. Baru capai satu matlamat iaitu tamatkan diploma. Mungkin patut rancang untuk sambung ijazah. Perlu dikaji dahulu. Banyak kemahuan tapi yg mana lebih utama? Itu aku keliru. Ikut arus sajalah. Aku penat nak fikir buat masa sekarang.

Selangkah aku kedepan. Selangkah juga aku bawa bersama cebisan kenangan hidup aku. Tiba-tiba jadi rindu pada masa dulu. Masa aku gagah kuat hadap segala yg melanda. Mungkin aku perlu cari seseorang sekarang. Masa depan aku perlu ada dia dan mereka. Lebih mudah aku rancang bila tahu siapa. Atau salah. Aku keliru lagi. Abaikan saja.

Bingkisan untuk semua dan diri aku juga. Poyo bg sesetengah org. Buat bodoh bg kebanyakan nya. Serius bagi aku. Pesan aku. Jaga diri dan jangan hanyut dalam arus dunia. Jika salah di sisi agama maka salahlah hukumnya. Jgn halalkan perkara yg haram dan berdosa. Lepas tu kau jaja cerita bangga segala. Kalau aku bersuara, pasti ada yg jeling mata tak suka segala. Ini kenyataan. Ramai telah lemas dan terlalu ikut arus dunia. Kau mengaku kau Islam. Kau kata kau hamba Allah. Tapi bila kau teguk air setan, bila kau dedah sini sana, bila kau sosial terkinja-kinja pagi buta, bila kau amik dadah tingtong mcm gila, kau rasa kau siapa? Kau masih ingat kau seorang muslim? Waktu kau gembira kau lupa. Bila kau sedih kau kecewa, Dia yg kau cari. Aku bukan siapa-siapa. Aku tak layak berkata kerana aku bukan sempurna. Tapi aku rasa aku perlu luah rasa kerana kau perlu sedar diri. Perlu ada yg bersuara. Perlu. Aku tak mahu tanggung dosa kau juga. Biar org kata aku membebel, biar org kata aku bising, aku kecoh. Ini perkara bukan mainan. Ini larangan Allah dan pastinya Dia murka. Sekeliling aku begini dan aku sentiasa berdoa agar aku mahupun siapa-siapa tak terjebak sama.

Sampai masa ajal akan ditempuh juga. Sampai masa harta perlu ditinggal juga. Sampai masa hanya kita dan tiada siapa-siapa. Jelas, terang lagi nyata. Fokus agar jalan yg dipilih tepat. Sabar perlu ada. Okay aku dah melalut. Kesimpulannya, aku tak suka keliling aku sekarang. Positif makin hilang. Aku mahu rasa yakin dan tak kisah apa pandangan mereka pada aku. Sekian.

notapenting: doa itu harus ada. ikhtiar perlu juga. sama-samalah kita :)

No comments:

Post a Comment