Aku tak ada mood nak jadi baik sekarang. Sopan santun ke. Aku bengang gila sebab aku tahu lambat dan aku tak dapat nak selesaikan. Babi betul laa. Aku usaha gila tidur awal supaya dapat berjaga sampai paginya. Tapi nak dekat 5 jam aku usaha macam sia-sia saja. Apa salah aku tuhan??? Aku dah cuba beri yang terbaik. Kulit aku yang tebal dah menipis. Aku cuba dan cuba dan cuba. Berapa kali aku buat perkara yang sama. Dalam masa 4 jam aku dapat dengar lagu yang tersekat-sekat saja.? Ada fungsi untuk proposal aku ke?? Arhhhhh. Sial betul la. Dah la bengang aku dari awal tadi tak padam lagi. Ni ujian ape pula ni. Such a bad day.
Aku usaha bangun untuk pergi kedai awal-awal. Tapi kena tunggu. Heh aku sabar lagi. Kreditnya tak ada. Usaha call orang guna phone ma untuk tanya, tak jawab. Tak apa lagi. At least orangnya balas mesej. Nak reply mesej dia bagi saya tak ada kredit remember. Ada sen sen saja. Dah siap-siap kelam kabut log off pc semua, on the way ke 13. Tiba-tiba dapat tahu kedai tutup awal. WTF la kn. Tapi tak apa lah. Sekali jalan kan. Tak sampai kedai pun. Nak kata salah aku tak pergi awal-awal hari sebelumnya. Takkan orang penat travel jauh dari utara nak paksa. Bodoh la namanya. Ya bertimbang rasa lah kononnya. Kulit masih maintain tebal saja.
On the way back to PJ, aku minta singgah 7E nak beli topup. Topup sangat penting sebab ini saja cara nak hubungi orang. Phone orang lain semacam haram nak guna sebab saya ni bukan siapa-siapa kan. Penting kerana sekarang huru-hara projek segala dah mula naik gila. Perlu hubungi inform apa segala. Singgah sini sana. Melencong entah mana-mana, pergi 7E dekat DE. Tadi harinya selasa maka ada pasar malam. Ada pula tempat nak berhenti. Dah boleh lalu 7E taslima tak nak! Fine masih boleh sabar. Mungkin 7E KT tak busy. Tapi tak pergi pun. Balik rumah. Agak kesialan ya. Memang aku mengamuk lah. Aku sedar lah aku tak ada lesen. Aku tak ada besi. Kau tak payah nak berlagak dengan aku. Aku sedar aku siapa. Sen tak ada. Siapa pun tak ada. Aku sorang-sorang saja. Ya aku faham hakikat itu. Tak perlu nampakkan sangat. Sial gila kan and sangatlah mencabar kikis kulit aku! Sekarang aku yang susah tak ada topup. Terima kasih lah kerana memahami keperluan aku ni wahai keluarga! Senang kan tak payah beli. Tak payah hubung sesiapa. Projek tergendala. Mati saja lagi bagus rasanya.
Maka kerana aku bengang bertimpa-timpa. Aku cuba relax kan diri. Habis selipar, fail aku lemparkan. Hempas pintu macam orang gila. Tapi aku ni bodoh kan. Lupa rumah tu bukan aku punya. Bilik pun tak ada. Sekadar menumpang saja kan. Mana ada privasi. Kunci bilik pun tak boleh. Nanti bertambah-tambah bengang aku kena buka pintu layan jadi sopan. Ada jugak orang bersuara tanya kenapa. Aku punya bengang aku punya sukalah. Kenapa sibuk sangat. Hal aku masalah aku. Itu hak aku lah nak react macam mana. Perlu ke tanya masa tu juga. Perlu lagi ke aku buat macam tak ada apa-apa padahal hati terbakar membara?
Eyh penat lah! Aku penat lah buat selamba macam tak ada apa. Aku penatlah jaga hati orang semua. Penatlah layan kerenah ikut telunjuk keluarga. Aku ni dah besar. Umur dah dua puluh satu. Tak cukup tua ke????? Bukan budak darjah dua kena ajar adab makan segala. Aku tak faham lah aku ni kurang sabar kah? Apa aku ni tak layakkah untuk dilayan sama rata? Asal aku mesti ada pengecualian. Mesti ada kurangnya semacam wajib pula. Nak kata bodoh sangat aku rasa pointer aku okay. Nak kata menyusahkan aku rasa ada yang lagi bebal. Aku makan kalau tak tersedia masak saja apa ada. Sendiri urus. Barang-barang keperluan diri beli sendiri kumpul duit. Kadang-kadang aku minta saja sebab aku dah tak kerja. Anak orang lain belum tentu lagi dapat handle dengan situasi yang hari-hari macam bangang saja.
Duduk dalam keadaan tertekan. Aku maintain relax walau masalah bertimpa-timpa. Tapi tak cukup juga kah? Nak apa lagi. Apa lagi aku perlu buat untuk bukti aku ni normal saja. Manusia biasa. Punya hati jiwa raga yang bisa lelah punah. Siapa faham aku. Tak ada siapa. Lagi-lagi keluarga. ha ha ha. Lucu pula rasa kalau ada yang suruh bincang dengan keluarga. Baik aku urus sendiri. Macam lah kesah pasal aku ni. Hidup dengan ketiadaaan dia memang aku kecewa. Rasa itu dulu ada. Tapi tanpa dia aku macam ini lah. Kasar sombong berlagak ego biadab. Apa lagi kau nak kata? Haa kata saja. Aku memang TAK ADA HAL nak terima. Aku kenal diri aku siapa. Ingat aku kesah kata-kata kau. Pergi masuk kubur saja kalau dah penakut pengecut!
Aku dah cukup miserable tanpa masalah siapa-siapa, tanpa ada kehadiran siapa-siapa. Kalau aku mengelak itu bukan bermakna aku sombong, berlagak atau berubah. Aku ada komitmen aku sendiri iaitu hidup aku. Tanpa kekuatan bagaimana aku nak hadapi alunan, gelombang ombak dalam lautan hidup aku. Aku perlu pegang teguh pada kekuatan aku sebelum aku kongsi dengan sesiapa. Apa aku perlu lakukan kalau aku sendiri goyang bila tiupan angin melanda. Ada faham? Di dahi aku semacam ada pelekat fragile saja.
Aku punya ruang ini saja untuk luah segala. Aku bukan jenis kongsi semua apa aku rasa. Aku tunjuk tindak laku kadang-kadang saja. Bila aku tak boleh pendam aku tulis keluarkan kata air mata apa saja dengan harapan hati aku tenang dan kekuatan aku ada semula. Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Apa aku mahukan aku usaha. Usaha dari mula sampai akhirnya. Bukan aku duduk goyang kaki dapat semua. Jadi kepada sesiapa yang sibuk baca, bersyukur dengan apa yang kau ada. Aku ni kalau kau tafsir ibarat tiada apa-apa saja. Tapi bagi aku, aku punya segalanya. Aku ada pengalaman yang tak mungkin kau ada dan aku akan lebih kental esok dan kehadapannya. Paling penting aku ada Dia. Ini saja luahan dari jiwa aku yang sedang kalut fikirkan semua perkara. Aku sisipkan dibawah ini satu perkara yang bermakna. Oh aku rindu dia. Dah lama aku tak ziarah bukan bermakna aku lupa.
kini ku tanpa dirimu
kau pergi untuk selamanya ...
adakah aku lemah
menanggung hidup ini
rindukanmu, rindukan dirimu
selamanya tiada
rindukanmu, dambakan kasihmu
yang hangat padaku
terpaksa aku bertahan
hadapi rasa hidupku ini
kerana waktu-waktu ini
tak dapatku bergantung lagi
oh mampukah ku sendiri
rindukanmu, rindukan dirimu
selamanya tiada
rindukanmu, dambakan kasihku
yang hangat padamu
No comments:
Post a Comment