Anyone can become angry - that is easy.
But to be angry with the right person, to the right degree,
at the right time, for the right purpose,But to be angry with the right person, to the right degree,
and in the right way - this is not easy.
- Aristotle -
Aku setuju. tapi aku biarkan saja kata-kata ni terbang di awangan. sebab kadang-kadang, hidup ada banyak perencahnya. bukan marah semata. aku marah, aku diam. berkesan walau makan dalam. mungkin tiada kaitan dengan kata-kata di atas. tapi itu hanya kata-kata semata. biarkan apa mereka kata. kerana kata-kata boleh bikin hati siksa jiwa merana.
Aku perlu luah satu perkara. satu isu yang selalu semak dalam kotak fikir aku. terbenam semadi di dasar hati aku saban hari. aku kongsi jiwa raga aku kali ini. masalah aku bukan masalah dunia. cerita aku bukan dongeng semata. fokus pada yang satu dari yang berjuta tepu dalam kotak fikir aku. pada dasarnya. hidup tanpa manusia lain tak mungkin pada realiti lautan kehidupan. aku ada kawan. ada teman. ada kenalan. ada keluarga. boleh dikata ada segala yang Tuhan pinjamkan. Alhamdulillah syukur.
Cerita aku bermula dengan satu keakraban. lalu lahirlah kasih beserta sayang. dia antara yang aku gelar teman. aku sayang. aku dengar. aku hormat. aku sanggup buat apa saja asal dia senang tenang disamping yang tersayang. dengan kesanggupan diri untuk buat apa saja. kadang-kadang boleh bawa ke simpang yang tak sepatutnya. ingat, hidup macam laut. aku sedar. ada perkara kongsi luah satu masa. ada perkara kita diamkan saja.
Terkadang kesedaran aku salah haluan. aku silap. aku cuai. tapi tak nyata aku bersalah, hanya kerana kesedaran aku salah. mungkin banyak perencah mempengaruhi kesedaran aku. ya marah mungkin satu. situasi mungkin ikut mengadun aku untuk ikut sebati sekali. bila hati digauli dengan segala macam perencah, rasa pada hati semestinya tak sama. yang manis pun boleh jadi pahit segala.
Persoalannya, salahkah aku pada mata dia? bagi aku, aku buat sesuatu perkara selalunya aku fikir dalam-dalam. apa pro dan kontranya. apa kesan pada dia pada mereka. pada aku. aku ada sebab aku. dia mungkin ada sebab dia. mereka sendiri mungkin ada sebab mereka. yang nyata masing-masing tak berkata. suara bagai lemas dalam situasi. diam jadi teman sejati.
Salahkah aku kalau aku jauhi dia? bukan kerana tak suka benci keji hina. tapi satu kenyataan yang aku rasa. berat untuk aku luah untuk aku kongsi sama-sama dengan sesiapa. aku cuma mahu dia bahagia. kalau mereka dapat memberi bahagia pada dia. biar aku lagak ego sombong sentiasa. biar dia hidup tanpa aku disisinya. biar yang lain, mereka kata aku berubah. ingat, biarkan apa mereka kata. dalam hati aku. rindu tetap ada. sayang masih sama. tapi biarlah jalan aku lain dari jalan dia. banyak simpang aku gagahkan diri bersama dia. sekarang aku yakin dia punya mereka untuk ada di setiap simpang hidupnya. gembira dalam hiba. dalaman, aku masih aku yang lama. yang sengal. yang kerek. cuma masa sentiasa suntuk untuk aku pamerkan siapa aku pada semua.
Aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. aku diam seribu kata tak bermakna aku berubah. aku bising satu pasar tak bermakna aku tak terasa. pengalaman mengajar aku. sungguh unik lautan kalau kita selam dalam-dalam. ada ajaibnya ada gilanya ada segalanya.
p/s:To mama, happy birthday. B)
To Alia, goodluck!! =D
p/s:To mama, happy birthday. B)
To Alia, goodluck!! =D
No comments:
Post a Comment