20091118

satu dua tiga...

dunia aku.satu dua tiga.detik jam terus berlalu.
aku masih aku.tak ada perubahan.tak ada kemajuan.
masihkah aku, aku yang sama?mungkin ya.tidak kemana.entah.
pastinya, hidup aku masih sama. masih sama simpangnya.
simpang-simpang neraka jadian.buatan akal mainan tidur.

aku sendiri keliru.keliru siapa aku.keliru dengan halatuju.
satu dua tiga.aku masih sama.wujud zahirnya.
wujud itu ada.tapi hati aku tiada.tiada bersama masa.
hilanglah bersama segala neraka yang aku cari.
neraka siksa.pedih disambar segala macam kacau.
masih wujudkah aku kini.aku pasti kau ada.pasti.

hidup itu nikmat.nikmat jika hanya dihayati.
hidup itu lara.lara jika diratapi.
hidup itu sialan.sialan jika menerima.
hidup itu abadi.abadi pabila kita fahami.

aku benci membenci.tak mungkin suka-suka.
biarkan saja.hidup aku tiada kau.benci pun ikut pulang.
harap-harap tak muncul lagi.kan sudah nyata aku benci membenci.
tapi kadangkala.benci itu cikgu.benci lumrah dunia nyata.
biarkan saja.abaikannya,aman sentosa hati dan jiwa.

satu dua tiga.fikiran terlalu laju.bagaimana nak hentikan.
fikiran tak bisa.otak tepu.tepu dengan segala macam perkara.
cukup.cukup buat sementara.layak aku belum masanya.
bila fikir.aku keliru.keliru buat hati masuk neraka.
aku mahu syurga sementara ada nyawa.nyawa untuk mengembara.

waktu berlalu pergi.lainkah diri ini?tidak.masih aku.separuhnya masih dalam neraka

No comments:

Post a Comment