20091104

semua sama

Hidup kat dunia ni sememangnya tak putus-putus cabaran and dugaan kan. semalam malang sikit hidup ni. jari elok-elok aku hiris guna kaca. memang terbaik. nak taip pun rasa siksa. wahai kaca, kenapa kau wujud di dalam kamar keji itu. damn. damn. emosi melanda. tapi tak kan lah semua mnda nak guna plastik. ish tak suka aku. lantak la janji dapat makan and still hidup.

Jumaat aku nak blah. lambung. tunggu lagi dekat sini. tak ada mnda pon untuk aku dekat sini. walaupun bilik dah macam bersepah tahap sakit jiwa. longgokan baju bagai gunung. tapi aku tak ada hati nak peduli. hanya membaca buat aku tenang jiwa.

Aku ada banyak sangat nak cerita. tapi tak tahu macam mana nak mula. nak luah. dengan kata-kata. susah. sangat susah. aku cuba. aku cuba garapkan dengan kata-kata apa aku pandang pada manusia. well bagi aku, manusia semua sama saja. sama aku itu dalam maknanya (mungkinlah). dalam hidup ni hanya ada hitam atau putih. aku pernah hitam. mungkin masih hitam. putih kadangkala. ok mungkin kalau ada yang baca tu (setahu aku tak ada) akan pening. apa maksud aku ni kan.

Okay. dalam hidup ni. ada hitam atau putih saja (dari tadi lagi nak explain). kita hidup ni.
sama ada jadi jahat. atau baik.
sama ada busuk hati. atau baik hati.
sama ada jiwa tenang. mungkin aku jiwa kacau.
sama ada cekal atau cengeng.
sama ada mulut manis mahupun mulut longkang
bagi aku. manusia sama  saja. sebabnya. hati kita bukan putih semata. bukan juga hitam selegamnya. ada putih ada hitam. ada bodohnya. ada bijak akalnya. aku tak semestinya hanyalah aku. dalam aku mungkin ada kau. mungkin ada dia. kita cepat terpengaruh. apa yang cuba aku sampaikan. mungkin aku lebih hitam. mungkin kau lebih putih. tetapi hanya dua warna ini sahaja yang ada dalam manusia. dalam hidup.

So, akhirnya kita semua masih sama. acuan mungkin berbeza. hati mungkin masing-masing. tetapi manusia itu kekal sama. pernah lalui jalan yang sama. pernah sakit hati. pernah dipijak. selalu mengasihani. tikam belakang seperti hobi. bukan aku kata sama hanya dari aspek negatif saja. pernah sayang. pernah benci. suka mendengar. sering berdoa bila susah dah jatuh atas riba sendiri. ini kecenderungan individu sendiri. masing-masing tahu hati mulut perut sendiri.

Ada yang belum lalui simpang hidup yang pernah aku tempuh sebagai manusia. aku juga masih perlu belajar berkurun untuk jadi manusia. Jalannya sama. cuma simpang-simpangnya berbeza. aku pernah berada disimpang kematian. simpang kegagalan. sering melepak di simpang penipuan (sangat sangat). mungkin kita pernah bersama di suatu simpang tanpa kita sedar (simpang kejayaan mungkin). tapi simpang itu hadir dalam kotak hidup masing-masing. hati sendiri saja yang tahu dimana sampaikan boleh sesat jadinya. ada simpang bagi kita senang, tenang, riang. begitu juga sebaliknya. simpang yang kabut, sumbat, lemas, rimas. aku selalu lari dari simpang-simpang ni. lari ke alam sepi dari gangguan. iaitu tidur. terbaik bagi aku. ini cara aku untuk lari.

Mungkin ini pandangan aku terhadap manusia. kita sama kerana kita kongsi matahari. kita kongsi bulan. bumi yang dipijak ini. internet kita guna tetap satu. keperluan sama. kehendak masing-masing. citarasa sendiri. tapi hidup sebagai manusia. akan tetap manusia. mungkin digelar binatang. tapi topengnya masih manusia. manusia masih sama. tapi kenapa kita masih nak cemburu dengan manusia yang secara amnya sama dengan kita? kata aku, manusia semua sama. well itu satu persoalan yang aku selalu fikir dan cari jawapannya. mungkin bagi kau definisi manusia itu lain dari aku. tapi aku tetap dengan pandangan aku. manusia semua sama saja.

No comments:

Post a Comment